Trofi Juara-Juara AFF–EAFF 2019 akan menjadi edisi pertama Trofi Juara-Juara AFF–EAFF, kejohanan bola sepak dwitahunan yang diasaskan pada tahun 2018. Perlawanan kejohanan itu akan diadakan antara Vietnam, juara bertahan Kejohanan AFF 2018 dan Korea Selatan, juara bertahan Kejohanan Bola Sepak E-1 EAFF 2017. Wakil dari Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Vietnam, akan menjadi tuan rumah acara tersebut.
Latar belakang
Trofi ini akan dipertandingkan setiap dua tahun bermula 2019, dengan AFF dan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) akan bergilir-gilir tugas untuk menjadi venue tuan rumah dan yang pertama menjulang Trofi Juara-Juara pertama. Vietnam secara automatik memenangi hak sebagai tuan rumah untuk perlawanan Trofi sulung pada 15 Disember 2018 setelah menewaskan Malaysia dengan keputusan jaringan 3–2 secara agregat di perlawanan akhir Piala AFF 2018.[3] Memorandum persefahaman (MoU) untuk penganjuran Trofi Juara-Juara AFF–EAFF telah ditandatangani di Hanoi, Vietnam pada 15 Disember 2018 oleh Timbalan Presiden AFF, Jeneral utama Khiev Sameth, dan Presiden EAFF, Chung Mong-gyu.
Isu masa
Kejohanan Trofi Juara-Juara AFF–EAFF untuk edisi sulung ini, akan dimainkan dalam format satu perlawanan, dijadualkan diadakan pada 26 Mac 2019 di Stadium Nasional Mỹ Đình di Hanoi, Vietnam antara pasukan bola sepak kebangsaan Vietnam dan Korea Selatan.[5] Walau bagaimanapun, rancangan untuk perlawanan ini terhalang kerana bertepatan dengan jadual kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2020 kerana Piala Asia B-23 AFC 2020 di Thailand memutuskan kelayakan untuk memasuki Sukan Olimpik 2020 di Jepun. Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) juga meminta untuk memindahkan Trofi Juara-Juara AFF–EAFF 2019 ke tarikh lain pada tahun 2019. VFF akhirnya memutuskan untuk menangguhkan perlawanan hingga 2020,[1][2] tetapi ia tidak dimainkan.
Pasukan
Perlawanan
Rujukan
Pautan luar