Toni-Ann Singh (lahir 1996) ialah ratu cantik Jamaica-Amerika yang dinobatkan sebagai Miss World 2019. Sebelum ini, beliau dinobatkan sebagai pemenang Miss Jamaica World 2019, dan menjadi wanita Jamaica ke-4 yang menjuarai Miss World.
Profil
Singh dilahirkan di Morant Bay, Jamaika. Ibu bapanya berasal dari Jamaica, ibunya berdarah Afrika-Caribbean, bapanya berdarah Indo-Caribbean.[1]
Keluarganya berhijrah ke Amerika Syarikat ketika berusia 9 tahun ke Florida.[2] Beliau belajar di Universiti Negeri Florida dalam jurusan Psikologi.[3]
Pertandingan kecantikan
Miss Jamaica World 2019
Pada tahun 2019, Singh bersaing di pertandingan Miss Jamaica World 2019 dan menjuarainya, sehingga beliau menjadi wakil Jamaica untuk Miss World 2019.[4]
Miss World 2019
Singh tiba di London pada November 2019, untuk bersaing di Miss World 2019. Beliau menjuarai Fast Track Talent dan 40 Top Model Teratas. Atas sambutan pada Talent tersebut, Singh mara ke perempat finalis 40 Besar pada malam pusingan akhir kemudiannya.[4]
Malam akhir pertandingan diadakan pada 14 Disember di ExCeL London, dan beliau menjuarai tersebut, dinobatkan oleh Miss World 2018 Vanessa Ponce dari Mexico.[5] Berkat kemenangannya, beliau menjadi wanita ke-4 Jamaica yang dinobatkan sebagai Miss World, selepas kali terakhir Jamaica menjadi pemenang oleh Lisa Hanna di Miss World 1993, beliau juga menjadi wanita berkulit hitam berikutnya yang menjadi pemenang setelah Agbani Darego dari Nigeria menjadi pemenang Miss World 2001.[6][7][8]
Rujukan
Pautan luar
Anugerah dan pencapaian
|
Didahului oleh Vanessa Ponce
|
Miss World 2019
|
Pemegang jawatan kini
|
Didahului oleh Kadijah Robinson
|
Miss Jamaica World 2019
|
Pemegang jawatan kini
|