Thomas Edmunds Price (lahir 8 Oktober 1954) merupakan doktor dan ahli politik Amerika Syarikat, yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat dalam pentadbiran PresidenDonald Trump pada tahun 2017, dan juga perwakilan Amerika SYarikat untuk kongres ke-6 Georgia, merangkumi pinggir utara Atlanta dari tahun 2005 hingga 2017.[2]
Semasa dalam Kongres, Price bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bajet,[3], Pengerusi Jawatankuasa Kajian Republikan, dan dalam Jawatankuasa Polisi Republikan.[4][5] Pada 29 September 2017, telah meletak jawatan sebagai Ketua Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat berikutan kritikan terhadap penggunaan pengawal peribadi dan pesawat tentera oleh beliau untuk melancong.[2]