Rencana ini mengenai kumpulan rock Malaysia. Untuk EP sulung mereka dengan judul sama, sila lihat
Toko Kilat (EP).
Toko Kilat ialah sebuah kumpulan rock Malaysia ditubuhkan pada 2016 dianggotai oleh Edwin Raj (vokal), Irfan Iskandar (dram), Redzuan Hussin (bes) dan Khairil Shah (gitar utama).[1] Kugiran ini mengkaryakan muzik yang diilham daripada unsur utama genre-genre Brit rock dan post-punk, terutamanya daripada kugiran ternama seperti Stereophonics dan Interpol.[2]
Sejarah
Edwin Raj dari They Will Kill Us All (vokal), Irfan Iskandar (dram) dari The Times, Da Vagabonds dan Bittersweet, Redzuan Hussin (bass) dan Khairil Shah (gitar utama) membentuk suatu kugiran sendiri tahun 2016.[1] Khairil meninggalkan Toko Kilat tidak lama selepas penubuhannya, di mana tempatnya digantikan sementara oleh pemain gitar handalan Weng Meng dari Love Me Butch sebelum diambil alih Azhari Saari dari Laila's Lounge selaku gitar utama dan Syaiful Idham (The Padangs) sebagai keyboardis.
EP sulung senama kumpulan ini dikeluarkan pada 2019 dengan seberapa lagu dikeluarkan sebagai single termasuk "Pemacu Api dan "Ratu Malam".[3]
Pada 17 Ogos 2019, Toko Kilat mengadakan siri jelajah Pemacu Api Tour 2019 dengan destinasi pertama mereka di Pulau Pinang sebelum disusuli oleh Johor Bahru (24 Ogos) dan Petaling Jaya, Selangor pada 14 September.[4]
Gaya muzik
Toko Kilat menyifatkan gaya muzik mereka sebagai "pro rock";[5] di mana vokalisnya Edwin Raj menjelaskan lanjut bahawa ""Pro-rock" bermakna bahawa kita adalah penyokong tegar muzik rock, jadi kita selesa dengan apa-apa yang terangkum di alam itu dan kita meraikannya".[2]
Ahli kumpulan
- Edwin Raj (vokal dan gitar)
- Khairil Shah (gitar utama)
- Redzuan ‘Wan’ Hussin (bes)
- Irfan Iskandar (dram)
Diskografi
Konsert
Rujukan
Pautan luar