Untuk graf fungsi kelas kebolehbezaanC2 (f, derivatif pertamanya f', dan derivatif keduaf'', wujud dan adalah selanjar), syarat f'' = 0 juga boleh digunakan untuk mencari titik lengkok balas kerana satu titik f'' = 0 mesti dilepasi untuk menukar f'' daripada nilai positif (cekung ke atas) kepada nilai negatif (cekung ke bawah) atau sebaliknya kerana f'' adalah selanjar; titik lengkok balas keluk tersebut adalah di mana f'' = 0 dan menukar tandanya pada titik tersebut (dari positif kepada negatif atau dari negatif kepada positif).[1] Titik di mana derivatif kedua lenyap tetapi tidak mengubah tandanya kadang-kadang dipanggil titik beralun.
Dalam geometri algebra, titik lengkok balas ditakrifkan sedikit umum, iaitu sebagai titik sekata di mana tangen bertemu lengkung kepada oder sekurang-kurangnya 3, dan titik beralun atau hiperflex ditakrifkan sebagai titik di mana tangen bertemu lengkung kepada oder sekurang-kurangnya 4.