Time Inc. ialah sebuah syarikat media massa Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada 28 November 1922 oleh Henry Luce dan Briton Hadden dan berpangkalan di New York City. Ia memiliki dan menerbitkan lebih dari 100 jenama majalah, termasuk nama - Time,Sport Illustrated, Travel + Leisure, Food & Wine, Fortune, People, InStyle, Life, Golf Magazine,Southern Living, Essence, Real Simple, dan Entertainment Weekly. Ia juga mempunyai anak-anak syarikat yang ia dikendalikan bersama dengan rumah majalah UK Time Inc. UK (yang kemudian dijual dan dijenamakan semula sebagai TI Media), yang tajuk utama termasuk What’s on TV, NME, Country Life, dan Wallpaper. Time Inc. juga mengendalikan bersama lebih dari 60 laman web dan tajuk digital sahaja termasuk MyRecipes, Extra Crispy,TheSnug, HelloGiggles, dan MIMI.[5]
Pada 1990, Time Inc. bergabung dengan Warner Communications bagi membentuk konglomerat media Time Warner (kini WarnerMedia yang dimiliki oleh AT&T). Penggabungan tersebut bertahan sehingga syarikat itu dipisahkan pada 9 Jun 2014.[6] Pada November 2017, syarikat penerbitan dan media bersaing Meredith Corporation mengumumkan ia akan memperoleh Time Inc. sebayak $2.8 bilion. Pemerolehan tersebut berakhir pada 31 Januari 2018.[7][8]
Brinkley, Alan (2010). The Publisher: Henry Luce and His American Century. New York: Vintage Books. m/s. 302–303, 322–393. ISBN978-0679741541.CS1 maint: ref=harv (link)