The Good Doctor merupakan sebuah siri televisyen drama perubatan Amerika Syarikat yang diadaptasi dari siri televisyen Korea Selatan dengan judul yang sama yang disiarkan pada tahun 2013. Pelakon Daniel Dae Kim merupakan yang terawal menyedari siri ini dan membeli hak untuk syarikat penerbitannya. Beliau mula mengadaptasi siri ini dan menjualnya kepada CBS pada tahun 2015. CBS memutuskan untuk tidak membuat pilot. Kim membeli semula hak tersebut dari CBS. Akhirnya, Sony Pictures Television dan Kim bekerjasama dan membawa David Shore, pencipta drama perubatan, House, untuk membangunkan siri ini.[1]Di Malaysia siri ini ditayangankan di TV2.
Siri ini diterbitkan oleh Sony Pictures Television dan ABC Studios, dengan kerjasama dengan Shore Z Productions, 3AD, dan Entermedia. David Shore berperanan sebagai showrunner manakala Daniel Dae Kim sebagai penerbit eksekutif siri ini.
Siri ini dibintangi oleh Freddie Highmore sebagai Shaun Murphy, seorang lelaki muda yang menghidap autistik savant yang menjadi pakar bedah pelatih di Hospital San Jose St. Bonaventure. Selain itu, siri ini turut dibintangi oleh Antonia Thomas, Nicholas Gonzalez, Beau Garrett, Hill Harper, Richard Schiff, dan Tamlyn Tomita.
The Good Doctor mula bersiaran di ABC pada 25 September 2017.
Premis
Siri ini mengenai Shaun Murphy, seorang pakar bedah berasal dari Casper, Wyoming yang menghidap autisme dan sindrom savant dan memiliki zaman kanak-kanak yang teruk. Beliau dihantar ke San Jose, California, sebagai pelatih di Hospital San Jose St. Bonaventure.[2]
Pelakon
Utama
Pembantu
Jemputan
References
Pautan luar