The Asia Foundation (TAF) ialah pertubuhan pembangunan antarabangsa bukan berkeuntungan yang berkomitmen untuk "meningkatkan kehidupan di Asia yang dinamik dan berkembang."[2] TAF ditubuhkan pada 1954 untuk melakukan kegiatan budaya dan pendidikan atas nama Pemerintah Amerika Syarikat dengan cara yang tidak terbuka untuk lembaga rasmi AS. Beribu pejabat di San Francisco, The Asia Foundation bekerja melalui rangkaian 18 pejabat di 18 negara Asia dan di Washington, D.C..
Pendahulu yayasan, Committee For Free Asia, ditubuhkan pada 1951 sebagai operasi CIA.[3] Ia kemudian tidak lagi bergabungan dengan CIA. Namanya diubah menjadi The Asia Foundation pada tahun 1954.[4]
Pada 1 Januari 2011, David D. Arnold mengambil alih sebagai presiden Yayasan.[5]
Kehadiran global
The Asia Foundation menangani masalah di negara dan serantau melalui rangkaian 18 pejabat di seluruh dunia.[6] Bekerja sama dengan usahasama tempatan di pemerintahan dan masyarakat awam, kakitangan tempatan dan antarabangsa. Yayasan memberikan wawasan dan program tentang berbagai cabaran pembangunan. Selain ibu pejabat di San Francisco dan ibu pejabat di Washington, D.C., ibu pejabatanya juga telah hadir di negara-negara Asia berikut: