The Ant Bully ialah filem animasi berkomputer tahun 2006 berdasarkan buku kanak-kanak tahun 1999, The Ant Bully dan diterbitkan oleh Tom Hanks dan Gary Goetzman's Playtone, John Davis dan Keith Alcorn's DNA Productions dan diarahkan oleh John Davis. Ditayangkan di pawagam pada 28 Julai, 2006 oleh Warner Bros. dan Legendary Pictures, ia berdasarkan buku oleh John Nickle dan menampilkan suara oleh Nicolas Cage, Julia Roberts, Meryl Streep, Allison Mack, Paul Giamatti dan Ricardo Montalbán (dalam peranan filem terakhirnya). Filem ini juga merupakan filem animasi pertama diterbitkan oleh Legendary Pictures.
Pautan luar