The All-American Rejects adalah sebuah kumpulan muzik rock Amerika Syarikat yang berasal dari Oklahoma, ditubuhkan pada 1999. Band ini terdiri daripada vokalis utama dan pemain gitar bes Tyson Ritter, pemain gitar Nick Wheeler dan Mike Kennerty, dan pemain dram Chris Gaylor.
Album studio pertama mereka yang juga menggunakan nama mereka sendiri, The All-American Rejects muncul pada tahun 2002 yang terkenal dengan lagu "Swing, Swing". Penjualan album tersebut hampir mencecah satu juta salinan dan juga diiktiraf sijil RIAA (Recording Industry Association of America).[1]
Album kedua mereka, Move Along, 2005, mencipta satu kejayaan yang begitu cemerlang. Album ini menghasilkan tiga lagu hits mereka, "It Ends Tonight", "Dirty Little Secret" dan "Move Along". Lagu "Dirty Little Secret" dan "It Ends Tonight" mencapai 10 teratas dalam Billbard Hot 100, manakala "Move Along" hanya di tangga 15. "Dirty Little Secret" dan "Move Along" dianugerahkan platinum kerana penjualan digital sebanyak dua juta di Amerika Syarikat. Album Move Along juga dianugerahkan platinum berganda oleh RIAA.[2]
Album ketiga The All-American Rejects iaitu When the World Come Down muncul pada 16 Disember. Single pertamanya ialah "Gives You Hell" menarik perhatian peminat antarabangsa. Lagu ini juga berjaya mendapat no. 4 dalam carta Billboard Hot 100 dan no. 2 dalam carta Billboard Pop 100, begitu juga dalam carta UK Singles lagu ini termasuk dalam senarai 20 teratas dan no. 3 dalam carta Australian ARIA Singles. [2][3][4] Semenjak awal kerjaya mereka, The All-American Rejects telahpun menjual 10 juta salinan lagu di seluruh dunia.[5]
Ahli kumpulan
- Tyson Ritter — Vokal, bes (1999-sekarang)
- Nick Wheeler — Gitar, vokal latar (1999-sekarang)
- Mike Kennerty — Gitar, vokal latar (2002-sekarang)
- Chris Gaylor — Drum, perkusi (2002-sekarang)
Diskografi
Rujukan
Pautan luar