Terusan Kapal Manchester adalah sebuah terusan sungai sepanjang 36-batu (58 km) yang terletak di Barat Laut England. Ia telah direka bagi membolehkan bandar Manchester mendapat capaian terus ke laut. Terusan ini dibina antara tahun 1887 dan 1894 pada kos sebanyak £15 juta (£1.27 bilion setakat 2025), dan pada waktu itu ia merupakan terusan yang boleh dimudiki terbesar di dunia.
Secara umumnya, terusan ini mengikut laluan asal sungai Mersey dan Irwell, dan di sepanjang laluannya memiliki beberapa set kunci. Terusan ini boleh menguruskan satu julat kapal, bermula dari saiz kapal pantai sehingga ke kapal kargo antara benua, tetapi ia tidak cukup besar untuk semua kapal moden. Satu jalan keretapi dibina bagi mengangkut barang ke dan dari dok yang terleak di sebelah terusan.
Meskipun terusan ini tidak lagi dianggap sebagai satu laluan perkapalan yang penting, ia masih digunakan bagi mengangkut kira-kira enam juta tan muatan pada setiap tahun. Ia kini dioperasikan oleh pemilikan persendirian.
Cumberlidge, Jane (2009), Inland Waterways of Great Britain (8th Ed.), Imray Laurie Norie and Wilson, ISBN978-1-84623-010-3
Dickson, Hubert (1994), "Bridges of the Manchester Ship Canal – past, present and future", The Structural Engineer, Institution of Structural Engineers, 72 (21): 350–355
Farnie, D. A. (1980), The Manchester Ship Canal and the rise of the Port of Manchester, Manchester University Press, ISBN0-7190-0795-X
Gray, Ted (1993), A Hundred Years of the Manchester Ship Canal, Aurora Publishing, ISBN1-85926-030-6
Gray, Ted (1997), Manchester Ship Canal, Sutton Publishing, ISBN0-7509-1459-9
Harford, Ian (1994), Manchester and its Ship Canal Movement, Ryburn Publishing, ISBN1-85331-075-1