Terusan Ismailiyah, juga dikenali sebagai Terusan Air Manis atau Terusan Air Tawar, ialah sebuah terusan yang digali oleh beribu orang marhaen Mesir untuk memudahkan pembinaan Terusan Suez. Terusan ini merentas timur ke barat di Kegabenoran Ismailia.[1]
Ia digali untuk membekalkan air tawar ke kawasan tandus Ismailia, dari Tasik Timsah ke Suez dan Bursaid.[2][3](m/s 267)[4] Terusan tersebut memudahkan perkembangan penempatan pertanian di Terusan Suez, dan memainkan peranan penting dalam membekalkan bandar Bursaid dengan air. Seperti Terusan Suez, ia direka oleh pereka-reka bina Perancis; pembinaan berlangsung dari 1861 hingga 1863. Ia melalui cabang sungai mati di Lembah Tumilat,[5] menggabungkan bahagian Terusan Suez purba yang wujud antara Kaherah Lama dan Laut Merah.[3](m/s 251–257)
Pembinaan
Pada Februari 1862, setelah beribu pekerja galikan 1.1 juta meter padu tanah, terusan tersebut capai Tasik Timsah. Setelah air masuk kawasan tersebut, lebih ramai buruh dapat digaji untuk projek pembinaan Terusan Suez. Terusan ini juga membenarkan pengangkutan barang binaan dan makanan seperti feri untuk masuk dengan mudah.[2][6]
Perang Qasasin
Perang Qasasin berlaku berdekatan Terusan Ismailiyah pada 28 Ogos 1882.[7]
Perang Inggeris-Mesir
Tidak sampai 100 tahun berikutnya, terusan[8] tersebut tidak lagi membekalkan air tawar dan menjadi tercemar. Pada 1950-an semasa tentera British ditempatkan dikawasan tersebut, ada yang menggelar terusan ini sebagai loji kumbahan. Tentera Udara Diraja British disarankan jangan sentuhi air terusan dan diberi amaran bahawa di situlah tempat pembolos akan dicampak.[9] Apabila perang ini bertumpahkan darah antara gerakan penentangan Mesir dan tentera British, dari Oktober 1951 ke Januari 1952, beberapa mayat tentera British yang diseksa dan dibunuh akhirnya dilempar ke dalam terusan.[4][10][11]
^"Al-Ismailiyyah". Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2016. Dicapai pada 20 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^ abRappoport S. "Chapter V: "The Waterways of Egypt" [Bab V: "Jalan-jalan Air di Mesir"". History of Egypt [Sejarah Mesir]. Volume 12, Part B. London: The Grolier Society. Diarkibkan daripada yang asal(Project Gutenberg) pada 2017-08-01. Dicapai pada 11 Mac 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); |volume= has extra text (bantuan)
^"Gambar feri di terusan". Suez Canal Zone. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2016. Dicapai pada 20 November 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)