Teluk Khatanga

Kedudukan Teluk Khatanga di Laut Laptev.

Teluk Khatanga (Rusia: Хатангский залив) merupakan satu kawasan perairan yang luas di Laut Laptev. Teluk ini memanjang dan sempit, dan kepanjangannya mencapai 220 km dengan keluasan maksima hingga 54 km.

Kedudukan Pulau Bolshoy Begichev ditengah-tengah teluk, telah menghasilkan dua selat, iaitu: Selat Utara (keluasan 13 km) dan Selat Timur (keluasan 8 km). Kedalaman teluk ini mencapai sehingga 29 m. Punca teluk ini hasilnya dari Sungai Khatanga, yang mengalir masuk ke Teluk Khatanga. Pasang surut air dikawasan teluk ini boleh mencapai hingga 1.4 m. Dalam sepanjang tahun, boleh dikatakan, teluk ini diliputi oleh ais. Pantai teluk ini agak tinggi.

Teluk ini terbahagi kepada dua pentadbiran di Rusia, di kawasan utara dan barat teluk, ia dimiliki dan ditadbir oleh Jajahan Krasnoyarsk. Manakala, bahagian selatan dimiliki dan ditadbir oleh Sakha.

Rujukan


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!