Teh tarik (Jawi: تيه تاريقcode: ms is deprecated ) merujuk kepada air teh bersusu yang dicurah antara dua koleh bagi menyejukkannya dan menjadikan ia berbuih-buih bagaikan buih sabun. Ia merupakan minuman yang digemari di kawasan tropika. Teh tarik menjadi minuman pilihan sepanjang masa, siang dan malam bagi penggemarnya.
Teh tarik biasanya dibuat dengan menggunakan teh serbuk yang murah dan dibeli secara pukal (pada kebiasaanya). Serbuk teh ini akan dibancuh dan ditapis dengan menggunakan tapisan kain.
Teh tarik pernah diburuk-burukkan oleh khabar angin yang mendakwa bahawa minuman teh tarik dicampur dengan sabun serbuk bagi menambah buihnya.
Buih teh tarik tersebut sebenarnya terbentuk disebabkan ia dicurah di antara dua biji kole di samping kepekatan kandungan gula dalam air teh menyebabkan buih yang terbentuk dapat bertahan lama.
Galeri
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!