Taufan Megi (nama antarabangsa: 1013, nama JTWC: 15W, nama PAGASA: Juan) merupakan sebuah taufan kencang[3][4] yang berlaku pada musim taufan Pasifik 2010. Nama "Megi" bererti "ikan keli" dalam bahasa Korea.[5] Megi adalah taufan pertama di Lembangan Pasifik yang mencapai peringkat "Taufan Super" pada tahun 2010, dan yang pertama di Pasifik Barat sejak Taufan Nida pada tahun 2009.[6] Dengan tekanan minimum 885 milibar, Megi adalah antara siklon tropika terhebat dalam sejarah.[7] Ia bertemu daratan pada awal 18 Oktober di Sierra Madre, Luzon timur laut. Selepas melalui pulau Luzon, Megi menjadi semakin kuat di Laut China Selatan, sebelum menjadi lemah sehingga kehilangan tembok matanya.
Rujukan