Tarian Dabus

Tarian Dabus - semasa kempen Semarak di Kampung Gajah
Tarian Dabus - ada unsur Parsi
Tarian Dabus - guna cengkering untuk tikam badan
ada unsur ritual magis tertentu

Tarian Dabus merupakan sejenis tarian Melayu traditional. Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.

Tarian ini dipercayai mula dimainkan di negeri Perak sejak 300 tahun yang lalu. Ada beberapa pendapat yang mempertikaikan kemasukkan senitari dabus ke bumi Perak. Satu pendapat mengatakan dabus dipercayai dibawa masuk terus ke Perak oleh Ahmad Mahyuddin yang berasal dari Parsi (Baghdad) sekitar tahun 1785. Beliau merupakan anak murid kepada tuan guru Muhammad Abil Hassan al-Rifai. Tarian ini mula berkembang di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Lumut, dan juga di Sungai Nipah Baroh serta Sungai Balai Intan, Perak.

Pendapat kedua mengatakan permainan dabus telah di bawa ke Indonesia melalui Pasai di Aceh sebelum dikembangkan ke Pasir Panjang, Perak oleh Nakhoda Lembang yang berguru daripada saudagar Fakir Muhammad dari India, yang juga anak murid kepada tuan guPerak di Pasir Panjang seawal tahun 1700.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!