"Taoyuan" dalam bahasa Cina bermaksud "kebun buah pic" kerana pernah terdapat banyak pokok pic di kawasannya. Di sinilah terletaknya sebilangan besar taman perindustrian dan ibu pejabat syarikat teknologi, serta Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan yang melayani ibu kota Taipei dan seluruh Taiwan utara.
Bandaraya Taoyuan dinaiktaraf daripada Jajahan Taoyuan kepada bandar raya tadbiran langsung pada tahun 2014. Pada masa yang sama, bandar Taoyuan yang dahulunya ditadbir oleh jajahan, turut dinaiktaraf kepada Daerah Taoyuan di dalam perbandaran baharu.[5]
Sejarah
Prasejarah
Aktiviti berbudaya terawal setempat ditandakan oleh Tapak Arkeologi Jianshan di Daerah Dayuan (大園尖山遺址code: zh is deprecated ) yang didapati pernah mengamalkan budaya Neolitik. Ia merupakan tempat warisan kaum-kaum Peribumi Dataran, khususnya suku Ketagalan dan Taukas. Di samping itu, juga terdapat beberapa kawasan penggiatan penduduk asli Tayal yang berdekatan.
Pemerintahan Belanda dan Ming
Dipercayai bahawa kawasan Taoyuan paling awal dijajah pada zaman Koxinga. Pada tahun 1626, penjajah Sepanyol mula menembusi Lembangan Taipei, diikuti penjajah Belanda pada tahun 1642, tetapi masing-masing tidak menyentuh kawasan Taoyuan. Pada tahun 1661, Koxinga mengalahkan Belanda lalu menjadikan Taiwan sebagai pangkalan untuk membangkitkan semula Dinasti Ming Selatan, di mana kawasan Taoyuan terletak di dalam lingkungan Wilayah Tianxing (天興州code: zh is deprecated ) yang mencakupi bahagian utara Pulau Taiwan.
Pemerintahan Qing
Oleh kerana kawasan Taoyuan tidak dibangunkan secara besar-besaran sewaktu penjajahan Belanda dan Ming, ia masih merupakan tempat tumpuan kaum peribumi menjelang abad ke-18, apabila China sudah dikuasai oleh Dinasti Qing. Catatan terawal penerokaan kawasan Taoyuan datang dari tahun 1713, tetapi kawasan berkenaan hanya diusahakan secara besar-besaran untuk tujuan pertanian mulai tahun 1737, apabila pendatang suku Hakka dari Guangdong yang bernama Xue Qilong (薛啟隆code: zh is deprecated ) memimpin ramai pengikutnya dari Tainan untuk mengerjakan kawasan Taoyuan. Kawasan yang diterokai menjangkau hingga Guilunling (Guishan) di timur, Kanzaijiao(Neili)di barat, Nankan di utara, dan Xiaoli di selatan. Peneroka-peneroka ini pun menanam pokok pic, maka tempatnya pun digelar Toahong atau "Kebun Buah Pic" (Bahasa Cina: 桃仔園code: zh is deprecated ; pinyin: Táozǐyuán; Pe̍h-ōe-jī: Thô-á-hn̂g), dan dari situlah datangnya nama Taoyuan.[6]
Ekoran penghijrahan beramai-ramai dari Tanah Besar China, terdapat satu pembahagian petempatan mengikut suku yang ketara, yang mana suku Hokkien tertumpu di kawasan pesisiran pantai yang berhampiran dengan kawasan Taoyuan sekarang, manakala suku Hakka pula tertumpu di kawasan pedalaman. Disebabkan kepelbagaian suku dan kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan Qing terhadap utara Taiwan, maka sering berlakunya pertelingkahan antara suku di kawasan Taoyuan.[7]. Malah pada pertengahan abad ke-18, kawasan Taoyuan beransur-ansur berpecah menjadi dua petempatan besar, iaitu Taozaiyuan (桃仔園code: zh is deprecated ) dan Jianzaili (澗仔壢code: zh is deprecated , kini di kawasan Zhongli), sehinggalah kerajaan Qing menggabungkan kedua-dua petempatan itu menjadi satu di bawah nama Taojianbao (桃澗堡code: zh is deprecated ).
Pada tahun 1895, Jepun menakluki Taiwan setelah mengalahkan kerajaan Qing dalam Perang China-Jepun Pertama. Pembahagian wilayah Taiwan kerap berubah dalam tempoh pemerintahan Jepun selama 50 tahun. Taoyuan tergolong di dalam Taihoku-ken (臺北縣code: ja is deprecated ) pada tahun 1895. Kemudian pada tahun 1901, pembahagian ken (縣code: ja is deprecated ) dimansuhkan dan Taiwan terbahagi kepada 20 chō (廳code: ja is deprecated ), di mana sebahagian kawasan Taoyuan diletakkan dalam Tōshien-chō (桃仔園廳code: ja is deprecated , "Jabatan Toshien") dan menaungi enam shichō (支廳code: ja is deprecated , cabang jabatan) yang terdiri daripada daerah setempat. Pada tahun 1905, Tōshien-chō ditukar nama kepada Tōen-chō (桃園廳code: ja is deprecated ). Pada tahun 1909, kesemua 20 chō diatur semula menjadi 12, tetapi Tōen-chō tidak diubah.[8].
Pada tahun 1920, Pejabat Gabenor-Jeneral Taiwan pembahagian baharu di mana sepuluh chō Taiwan diatur semula kepada lima shū (州code: ja is deprecated ) iaitu Taihoku, Shinchiku, Taichū, Tainan, dan Takao, di mana Tōen-chō dan Shinchiku-chō digabungkan menjadi Shinchiku-shū (新竹州code: ja is deprecated ).
Pemerintahan Republik China
Pada tahun 1945, Taiwan diambil alih dari Jepun oleh kerajaan Republik China, di mana Shinchiku-shū dipinda menjadi Hsinchu-hsien (新竹縣code: zh is deprecated , "Jajahan Hsinchu") dengan Taoyuan sebagai pusat pentadbiran jajahan. Pada Ogos 1950, kerajaan Republik China melakukan pembahagian semula ke atas Wilayah Taiwan,di mana Jajahan Hsinchu bersama Bandar Hsinchu dipinda menjadi tiga jajahan tadbiran daerah iaitu Taoyuan, Hsinchu, dan Miaoli. Ekoran Perang Saudara China, ramai askar sekeluarga dari Tanah Besar China berpindah ke Jajahan Taoyuan, maka kawasan Longgang di Daerah Zhongli terkenal dengan penduduk keturunan Yunnan dan Myanmar. Kawasan perindustrian Zhongli dan Guishan ditubuhkan pada tahun 1960-an dan 70-a. Pada 26 Februari 197, Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Kai-shek (kini Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan) dilancarkan, memesatkan lagi pembangunan industri di Jajahan Taoyuan sehingga menjadi bandaraya yang paling pesat peningkatan penduduknya di seluruh Taiwan. Namun di sebalik kemajuan pesat ini, datangnya juga masalah pencemaran alam yang ditandai oleh kes pencemaran kilang RCA (sebuah syarikat yang berasal dari Amerika).[9]
Bilangan penduduk Jajahan Taoyuan mencecah dua juta penduduk pada 7 Jun 2010. Selaras dengan Undang-undang Sistem Penempatan Republik China,Jajahan Taoyuan menerima guna struktur pentadbiran bagi bandar raya tadbiran langsung mulai 1 Januari 2011. Pada Julai 2012, ia pun memohon status bandar raya tadbiran langsung,[10] dan permohonan itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 23 November 2012.[11] Pada sidang ke-3330 Dewan Perundangan pada 3 Januari 2013,[12] diumumkan bahawa Jajahan Taoyuan (桃園縣code: zh is deprecated ) dinaiktaraf menjadi "bandar raya tadbiran langsung" yang ketiga di bahagian utara Taiwan pada 25 Disember 2014 dengan memakai gelaran Bandaraya Taoyuan (桃園市code: zh is deprecated ). Semua mukim desa, pekan dan bandar yang tertakluk di bawahnya bertukar status menjadi "daerah" (區code: zh is deprecated ), dan kini terdapat 13 daerah,[13] termasuk Daerah Fuxing yang berstatus daerah khas peribumi pedalaman.
Geografi
Taoyuan terletak kira-kira 40 km (25 bt) di barat daya Taipei, di Taiwan utara, menduduki kawasan seluas 1,220 km2 (470 bt2). Ia terdiri daripada dataran pamah, rantaian gunung-ganang dan penara. Bentuk tanahnya panjang dan seakan-akan melebar dari Banjaran Xueshan di pangkal tenggara hingga pantai Selat Taiwan di hujung barat laut.
Di Penara Taoyuan terdapat sejumlah besar kolam pengairan, maka Taoyuan diberi jolokan "Desa Seribu Kolam" (千塘之鄉code: zh is deprecated ).[14]
Iklim
Taoyuan mengalami iklim subtropika lembap dengan musim sejuk yang nyaman dan musim panas yang panas.
Seperti kebanyakan kawasan bandar di Taiwan, orang Minnan (Hoklo) merupakan antara kelompok etnik teramai di Taoyuan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Taoyuan utara yang terdiri daripada daerah-daerah berikut: Bade, Daxi, Dayuan, Guishan dan Luzhu, dan juga pusat bandar Daerah Taoyuan.
Suku Hakka merupakan suku etnik kedua terbesar di bandaraya selepas suku Minnan (Hoklo). Mereka tertumpu di bahagian selatan yang termasuk daerah-daerah Zhongli, Pingzhen, Yangmei, Longtan, Guanyin dan Xinwu. Dengan lebih daripada 785,000 orang Hakka, Taoyuan merupakan bahagian pentadbiran yang paling ramai penduduk Hakka di seluruh Taiwan.
Ekoran Perang Saudara China, ramai pendatang dari Tanah Besar China (yang diberi jolokan "Waishengren") menetap di bekas Jajahan Taoyuan setelah berundurnya kerajaan Kuomintang pada 1949. Kebanyakan daripada mereka tinggal di "perkampungan keluarga tentera" (眷村code: zh is deprecated ) di Zhongli, Pingzhen dan Guishan. Kawasan Longgang terkenal dengan pendatang Yunnan kerana terdapat banyak kedai makan Yunnan.
Perindustrian merupakan penggerak utama pembangunan ekonomi Taoyuan, malah Taoyuan merupakan bandar perindustrian peneraju di seluruh Taiwan kerana kira-kira satu pertiga daripada 500 perusahaan industri terbesar di Taiwan mengendalikan kilang di Taiwan.[15] Taoyuan terkenal dengan pembuatan barang elektronik dan kejenteraan seperti TFT-LCD, komputer riba, storan optik, alat komunikasi, nanoteknologi, semikonduktor, peralatan dan hiasan automotif, dan sebagainya.
Kini terdapat 29 buah kawasan perindustrian (berdaftar) dengan 3,696 he (9,130 ekar) tanah perindustrian luar bandar dan 3,131 he (7,740 ekar) tanah perindustrian bandar. Terdapat lebih 6,827 he (16,870 ekar) tanah yang disediakan untuk kegunaan kilang dan perindustrian di Bandaraya Taoyuan, menunjukkan bahawa biro pembangunan Taoyuan berasaskan industri dan perniagaan. Taoyuan juga merupakan bandar yang paling banyak tapak campuran industri-komersial di Taiwan dengan 9 tapak seluas 57 he (140 ekar).[16]
^臺灣地區鄉鎮市區級以上行政區域名稱中英對照表(PDF). Online Translation System of Geographic Name, Ministry of Interior. 16 June 2011. m/s. 6. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 25 March 2012.