Taman Palong merupakan kawasan perumahan di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Palong merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Simpang, iaitu satu daripada empat belas mukim dalam Daerah Larut, Matang dan Selama.[1][2] Poskod bagi Taman Palong ialah 34700 Simpang.[3]
Lokasi
Taman Palong merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Perak. Kedudukan Taman Palong dalam Daerah Larut, Matang dan Selama boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tengah daerah tersebut manakala dalam Mukim Petaling pula, Taman Palong terletak di bahagian utara. Antara petempatan yang terletak serantau dengannya ialah Taman Mawar, Taman Simpang dan Taman Ria di bahagia utara, Pekan Simpang di bahagian timur, Kampung Simpang Makmur dan Taman Cantik di bahagian tenggara, Taman Simpang Aman dan Taman Simpang Mutiara di bahagian selatan, dan Taman Palong Maju, Taman Lagenda, Kampung Simpang, Kampung Sungai Mati dan Kampung Simpang Haji Adam di bahagian barat daya.[1] Taman Palong mempunyai poskod tersendiri iaitu 34700 dalam daerah pos Simpang.[3]
Dari perspektif politik pula, kawasan perumahan Taman Palong mencakupi kawasan parlimen Bukit Gantang di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Perak pula, Taman Palong terletak di dalam kawasan negeri Changkat Jering.[4]