Taman Negara Loagan Bunut ialah sebuah taman negara yang terletak di Bahagian Miri, Sarawak, Malaysia, di pulau Borneo. Taman ini dinamakan sempena tasik Loagan Bunut yang berdekatan, yang bersambung dengan Sungai Bunut, Sungai Baram dan Sungai Tinjar. Taman ini merangkumi ruang seluas 100 km2 (39 bt2) dan terkenal dengan kepelbagaian biologi yang kaya dan ekosistem akuatik yang unik. Taman negara ini telah diwartakan pada 1 Januari 1990 dan dibuka kepada orang ramai pada 29 Ogos 1991.[2]
Lihat juga
Rujukan