Kim Tae-yeon (Hangul: 김태연; lahir 9 Mac 1989), lebih dikenali sebagai Taeyeon, ialah seorang penyanyi dan pelakon Korea Selatan. Beliau adalah ahli kumpulan wanita Korea Selatan, Girls' Generation. Beliau telah merekodkan lagu single untuk pelbagai drama televisyen dan filem serta mengambil bahagian dalam pelbagai rancangan varieti. Tae-yeon membuat penampilan solo pertama pada 8 Oktober 2015 menerusi album mini, I.
Kehidupan awal
Tae-yeon dilahirkan pada 9 Mac 1989[4] di Jeonju, Korea Selatan. Dia adalah anak ke-2 daripada tiga beradik, dengan seorang abang dan adik perempuan. Terlatih dalam menyanyi dan menari, bakatnya telah dikesan dalam Peraduan Terbaik Tahunan ke-8 SM Entertaintment 2004 memenangi Tempat Pertama Penyanyi Terbaik & Anugerah Utama.[5][6] Tahun 2004, Taeyeon telah tampil di dalam lagu The One "You Bring Me Joy" sebelum debut sebagai ketua Girls' Generation.[7] Dia adalah lepasan Sekolah Tinggi Seni Jeonju dan diberi "Anugerah Pencapaian Seumur hidup" oleh pihak sekolah.[8]
Taeyeon merupakan seorang penyanyi solo yang amat terkenal. Taeyeon telah banyak menyumbangkan suaranya sebagai artis solo menyanyikan lagu tema siri drama Hong Gil Dong yang bersiaran di saluran KBS2 iaitu "만약에" (Manyage/Jikalau), juga lagu "들리나요" (Deullinayo/Dengarkah) sebahagian daripada runut bunyi siri drama "Beethoven Virus". "Jikalau" menjadi terkenal di pelbagai carta internet, pada masa yang sama "Baby Baby" dilancarkan,[9] sementara "Dengarkah" menerima anugerah Popular YEPP di Anugerah Cakera Emas 2008.[10]
Taeyeon juga berduet dengan Sunny iaitu salah seorang rakannya di dalam kumpulan Girls' Generation menyanyikan "사랑인걸요" (Sarang In Geol Yo/Inilah Cinta) untuk drama "맨땅에 헤딩" (MenDdange Haeding/Heading ke Tanah), dan "S.E.O.U.L" bersama ahli Super Junior dan Girls' Generation untuk memperkenalkan negara mereka. Dia juga menyanyikan lagu "Cabi" untuk Caribbean Bay iaitu taman tema air di Korea Selatan bersama Jessica, Seohyeon, Tiffany dan Sunny bersama kumpulan 2PM.
Dengan mentornya The One, Taeyeon menyanyikan "별처럼" (Byeol Cheoreom/Bagai Bintang) yang dilancarkan pada 17 November 2010.[11]
Dia juga menyanyikan runut bunyi siri drama "아테나: 전쟁의 여신" (Atena:JeonJengie YeoShin/Athena: Dewi Perang)" dengan lagu "사랑해요" (Saranghaeyo/Aku Menyintaimu) yang dilancarkan pada 13 Disember 2010. Lagu ini mendapat tempat pertama di beberapa carta.
Taeyeon berduet dengan penyanyi Kim Bum Soo untuk lagu "달라" (Dalla/Lain) yang diterbitkan untuk album "Solista.Part 2" Kim Bum Soo. Lagu ini juga mendapat tempat pertama di beberapa carta.
Taeyeon tampil di album Eternity kepunyaan Kangta menyanyikan 7989.
Lakonan
Pada tujuh Mei 2010, Taeyeon telah muncul sebagai pelakon muzikal memainkan peranan utama pementasan muzikal "태양의 노래" (Taeyangie Norae/Dendang Mentari)[12] yang berdasarkan Novel Jepun "紅の歌 (くれないのうた)" (Taiyou no Uta) tulisan Aya Denkawa[13][14] Muzikal ini mengisahkan perihal Kaoru Amane gadis 17 tahun yang menghidapi Xeroderma Pigmentosum yang menyebabkan dia terhalang untuk keluar rumah dikala siang. Dia menyimpan harapannya dengan menulis lagu dan menyanyi tiap malam di stesen kereta api. Taeyeon menerima liputan yang bagus untuk persembahannya.[15] Tambahan pula Taeyeon belajar bermain gitar untuk persembahan muzikalnya.[6]
Taeyeon bersama Seohyeon, rakannya dalam Girls' Generation telah dilamar sebagai pelakon suara untuk wayang animasi 3D Despicable Me alih suara bahasa Korea. Taeyeon mengambil watak Margo, manakala Seohyeon pula Edith, adiknya si Margo. [16]
TV
Taeyeon tampil di rancangan realiti-anekaragam "우리 결혼했어요" (Kami Sudah Berkahwin) terbitan Perbadanan Penyiaran Munhwa (Munhwa Broadcasting Corporation(MBC)) sebagai sebahagian daripada giliran pasangan ke-3 dengan ahli komedi Jeong Hyeong Don. Berita yang diumumkan pada tujuh Januari 2009 ini menyebabkan kekecohan di kalangan warga maya disebabkan beza umur sejauh 11 tahun di antara Taeyeon dan Hyeong Don.[17]
Taeyeon juga mengacarakan rancangan bual-bicara kelolaan pelakon Kim Seungwoo "승승장구" (SeunSeungJangGu) siaran KBS bersama-sama Wooyoung 2PM, Choi Hwajung, pelawak Kim Shinyoung dan Kim Seungwoo sendiri.[18]
Bersama-sama ahli Girls' Generation yang lain, iaitu Tiffany dan Seohyeon, Taeyeon mengacara rancangan "쇼! 음악중심" (Syo! Eumag Jungshim/Show! Teras Muzik)[19] kepunyaan MBC bermula 11 Februari 2012.[20][21]
Taeyeon menjadi pengacara "Anugerah K-Pop Carta Gaon Julung" bersama Joo Yeonghun pada 22 haribulan dua 2012[22] dan juga untuk " Gelombang Muzik Korea 2012 di Bangkok" yang berlangsung pada tujuh haribulan empat 2012 bersama Tiffany dan Nickkhun.[23] Semasa mengacara rancangan "Anugerah K-Pop Carta Gaon Julung", Taeyeon mengalami kecederaan ibu jari kaki. Kukunya telah tertanggal dan dia tidak mampu menerima anugerah bersama rakan Girls' Generationnya.[24]
Radio
Taeyeon menjadi DJ di radio "MBC FM4U 친한친구" (Chinhan Chingu/Kawan Rapat) yang dikendalikannya bersama KanginSuper Junior sebelum Kangin pergi pada 19 April 2009. Selepas itu, Taeyeon mengacarakan "Chinhan Chingu" keseorangan.[25] Disebabkan aktiviti di Jepun, Taeyeon telah berhenti daripada kerjaya DJnya pada 26 April 2010.[26]