TEU atau unit bersamaan dua puluh kaki (twenty-foot equivalent unit) adalah unit anggaran untuk kapasiti kargo yang sering digunakan untuk mengukur kapasiti kapal kontena dan terminal kontena.[1] Ianya berdasarkan ukuran 20 kaki panjang sebuah kontena, peti besi yang bersaiz piawai yang mudah dibawa oleh kapal kontena, keretapi dan trak.[1] Unit lain yang berkaitan adalah unit bersamaan empat puluh kaki (forty-foot equivalent unit) (FEU atau feu) yang juga ditakrifkan sebagai dua TEU.
Satu TEU adalah kapasiti kargo untuk kontena yang berukuran 20 kaki (6.1 m) panjang dan 8 kaki (2.6 m) lebar.[1] Terdapat ketidakseragaman dalam ketinggian sesuatu kontena, ada yang berukuran antara 4.25 dan 9.5 kaki (1.30 dan 2.90 m) tinggi, tetapi ukuran yang biasa digunakan adalah 8.5 kaki (2.6 m).[2] Sudah menjadi kebiasaan juga untuk merujuk kontena 45 kaki sebagai 2 TEU, bukan 2.25 TEU.[3]
Seperti dinyatakan di atas, TEU adalah unit anggaran dan ianya tidak dapat ditukar dengan tepat ke dalam uni-unit yang lain. Dimensi yang selalu digunakan untuk sebuah kontena 20 kaki (6.1 m) adalah 20 kaki (6.1 m) panjang, 8 kaki (2.4 m) lebar, dan 8.5 kaki (2.6 m) tinggi, untuk isi padu 1,360 kaki padu (39 m3). Namun, kontena 9.5 kaki (2.9 m) kiub tinggi dan 4.25 kaki (1.30 m) separuh tinggi juga dirujuk sebagai 1 TEU.[2][3] Jadi, julat isi padu bagi satu TEU adalah antara 680 kaki padu (19 m3) dan 1,520 kaki padu (43 m3).
Walaupun TEU itu sendiri bukanlah ukuran untuk berat, berat maksimum bagi 1 TEU itu sendiri dapat ditentukan. Berat maksimum untuk kontena 20 kaki (6.1 m) dengan kargo kering adalah 24,000 kilogram (53,000 lb).[4] Setelah ditolak dengan berat kosong kontena itu, jumlah maksimum kargo untuk satu TEU berkurangan kepada kira-kira 21,600 kilogram (48,000 lb).[4]
Berat kasar maksimum untuk satu kontena 40 kaki (12 m) dengan kargo kering (termasuk kontena kiub tinggi 9.5 kaki (2.9 m)) adalah 30,480 kilogram (67,200 lb).[4] Selepas ditolak dengan berat kosong, kapasiti bersih kargo adalah 26,500 kilogram (58,000 lb).[4]
Kontena dua puluh kaki yang "diuji berat" yang digunakan untuk barangan berat seperti mesin berat mampu membawa berat kasar maksimum 30,500 kilogram, dengan berat kosong 2,400 kilogram dan berat bersih 28,080 kilogram.
Rowlett, Russ (2000). "How Many? A Dictionary of Units of Measurement". University of North Carolina at Chapel Hill. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-02. Dicapai pada 2008-03-20. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
Organisation for Economic Co-operation and Development (2002-06-19). "Twenty Foot Equivalent Unit (TEU)". Glossary of Statistical Terms. Organisation for Economic Co-operation and Development. Dicapai pada 2008-03-20. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!