Syafiq Yusof

Syafiq Yusof
Syafiq pada 2012.
Kelahiran
Mohd Syafiq bin Mohd Yusof

(1992-12-07) 7 Disember 1992 (umur 32)
Pusat pendidikanKolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC)
PekerjaanPengarah filem, penulis skrip, pelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganAisyeah Zainal (k. 2014)
Anak-anak3
IbuDatin Fatimah Ismail
BapaDatuk Dr. Yusof Haslam
Saudara

Mohd Syafiq Datuk Dr. Mohd Yusof (lahir 7 Disember 1992) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip dan pelakon Malaysia dan merupakan anak kepada Datuk Dr. Yusof Haslam dan adik kepada Syamsul Yusof. Beliau memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pengarah dengan mengarahkan filem pendek dan seterusnya mengarahkan filem sulungnya, SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) yang melayakkan beliau menerima anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan menerima pengiktirafan sebagai Pengarah Paling Termuda oleh The Malaysia Book of Records.

Beliau juga mengarahkan siri TV Gerak Khas dan Evolusi KL Drift: The Series. Syafiq juga terkenal dengan beberapa filem arahannya yang diiktiraf secara kritis termasuk Abang Long Fadil (2014), Villa Nabila (2015) dan Desolasi (2016). Pada tahun 2017, untuk hasil kerjanya dalam Desolasi, beliau memenangi Anugerah PROFIMA 2017 bagi Pengarah Terbaik.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik dalam keluarganya. Berasal dari keluarga berdarah seni, Syafiq mewarisi bakat seni daripada bapanya, Dato' Yusof Haslam, abangnya ialah pelakon dan pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof, abang tirinya ialah Faizal Yusof, manakala kakaknya ialah Syamin. Sepupunya ialah dramatis Sabrina Ali dan Rizal Ashreff serta pelakon sinetron Indonesia iaitu Miller Khan dan Aliff Alli. Syafiq merupakan graduan di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC).[1]

Kerjaya

2008–2013: Penglibatan awal

Syafiq (kanan), bersama bapanya, Datuk Yusof Haslam (tengah) dan abangnya, Syamsul (kiri).

Sebelum menduduki kerusi pengarah, Syafiq Yusof terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya dalam bidang lakonan dengan melakonkan watak pembantu dalam beberapa episod dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran Gerak Khas, sejak dari itu, beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama untuk beberapa episod bersama abang tirinya, Faizal Yusof dan juga mengarahkan beberapa episod Roda-Roda Kuala Lumpur yang mana beliau turut berlakon. Beliau menduduki kerusi pengarah dengan menghasilkan beberapa filem pendek termasuk Abangku Gengster (2010) dan Along (2011).

Pada tahun 2012, filem pertama arahan beliau, SAM: Saya Amat Mencintaimu yang bergenre romantik psiko thriler, ditayangkan pada 19 Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Lisa Surihani dan abangnya Syamsul.[2][3] Percubaan sulung beliau dalam pengarahan filem cetera melayakkan Syafiq memenangi Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 dan menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Pengarah Paling Termuda.[4]

Pada tahun yang sama, beliau bersama sepupunya yang juga pelakon, Rizal Ashreff mengarahkan bersama siri drama 26 episod, Evolusi KL Drift: The Series yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift yang mendapat sambutan dari penonton.[5] Syafiq sendiri turut berlakon dalam drama ini, yang mana beliau memegang watak sebagai Daniel, adik kepada Zack lakonan abangnya, Syamsul dalam dua filem asal.[6]

Pada 11 Januari 2013, Syafiq bersama dua rakan niaganya menubuhkan Viper Studios yang mengkhususkan kepada penerbitan filem, kesan visual, pasca-penerbitan dan animasi, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.[7]

2014–kini: Kejayaan arus perdana

Syafiq di majlis tayangan perdana filem arahannya, Abang Long Fadil.

Filem kedua arahannya, Abang Long Fadil ditayangkan pada 29 Mei 2014, merupakan terbitan turunan dari filem KL Gangster dibintangi oleh Zizan Razak, dan Kamal Adli.[8] Pada tahun berikutnya, beliau mengarahkan filem ketiganya, filem pertama arahannya bagi genre seram - Villa Nabila[9] yang diinspirasikan dari kisah benar misteri banglo Villa Nabila,[9] dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamsir,[9] filem ini ditayangkan pada 15 Januari 2015.[9] Pada November 2015, Syafiq tampil dengan mengarahkan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh[10] yang menggandingkan pelakon yang mula mencipta nama Fattah Amin dan Chacha Maembong, bersama A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.[10] Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[10][11]

Beliau bersama Pekin Ibrahim mengarahkan filem drama aksi pengembaraan Mat Moto yang mana beliau berkhidmat sebagai pengarah bersama.[12] Menurutnya, beliau ditawarkan menjadi pengarah bersama filem itu kerana idea yang diutarakan oleh Pekin.[13] Ditayangkan pada 14 Januari 2016, ia mengisahkan tentang seorang 'mat moto' yang bernama Al (Pekin) mengembara di seluruh Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan empat topi keledar bagi memenuhi hajat sahabat karibnya. Ia dibintangi oleh Pekin dan pendatang baru dalam bidang lakonan, Falisha Crossley yang memegang watak Sikha. Beliau kembali dengan filem keempat arahannya, Desolasi yang ditayangkan pada 8 Disember 2016,[14] dibintangi oleh abangnya, Syamsul Yusof dan Bella Dally,[14] yang menuntut Syafiq untuk "mengosongkan" beberapa kawasan sibuk di Kuala Lumpur menggunakan teknik kesan khas.[15][16][17] Untuk filem ini, beliau mengetengahkan penyakit Anton-Babinski (sejenis simptom ganjil kerosakan otak yang berlaku di lobus oksipital) sebagai subjek di dalam jalan cerita.[18][19][20]

Filem keenam arahan beliau, Abang Long Fadil 2 ditayangkan pada 24 Ogos 2017,[21] dengan mengekalkan Zizan Razak dengan penambahan pelakon baru termasuk Wak Doyok, Shuib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson. Dengan belanjawan yang dianggarkan RM 3.2 juta, filem ini menjadi kejayaan komersial, dengan mendapat kutipan paling tertinggi sebanyak RM 18.15 juta, mengatasi filem Munafik arahan abangnya, yang mencecah RM 17.04 juta.[22] Syafiq dilaporkan berkata mahu menjadikan Abang Long Fadil sebagai sebuah francais.[23][24][25]

Pada Disember 2017, Syafiq dilaporkan akan mengarahkan drama KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan dari siri filem KL Gangster yang diterbitkan untuk siaran di rangkaian perkhdmatan video atas permintaan, iflix dan turut diarahkan bersama oleh Faisal Ishak.[26][27] Filem ketujuh arahan beliau, KL Special Force, yang dibintangi oleh abangnya Syamsul, Rosyam Nor dan Fattah Amin ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2018[28][29] dan mencipta rekod baharu industri perfileman negara dengan meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM12.1 juta dan menerima ulasan positif dan bercampur-campur dari pengkritik filem.[30][31]

Selain itu, filem Abang Long Fadil 3 arahannya dalam perancangan.[32] Syafiq bersama Faisal mengarahkan drama aksi jenayah 6 episod, KL Gangster: Underworld, siri TV terbitan turunan daripada siri filem KL Gangster, memulakan tayangan perdana di iflix bermula 16 Ogos 2018. Barisan pelakon terdiri daripada Beto Kusyairy, Azhan Rani, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Dynas dan ramai lagi.[33][34]

Filem kelapan arahan beliau, Misteri Dilaila yang bergenre seram thriler menjalani penggambaran pada 26 Mac 2018 di Bukit Fraser, Pahang. Dikeluarkan pada 21 Februari 2019, filem ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor dan Sasqia Dahuri.[35] Ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Jefri dan Dilaila yang bercuti di sebuah rumah banglo di Bukit Fraser milik arwah bapa Dilaila, namun percutian tersebut bertukar menjadi satu misteri apabila Dilaila hilang dan Jefri menghubungi polis untuk mengesan isterinya yang hilang.[36] Ia menjadi kejayaan komersial sekaligus muncul sebagai filem Malaysia pertama dengan dua versi penamat berbeza.

Ia telah diumumkan pada September 2019 yang beliau akan mengarahkan siri ketiga filem Polis EVO dengan Shaheizy Sam dan Zizan Razak menjayakan kembali watak mereka.[37]

Filem ke-9 arahannya, Penunggang Agama ditayangkan pada 25 Mac 2021, dibintangi oleh Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Jalaluddin Hassan dan Salina Saibi. Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia berjaya meraih kutipan RM2 juta.

Tema

Dalam satu temu ramah bersama Kosmo!, Syafiq mendedahkan filem bergenre ngeri dan saspens lebih dekat dengan jiwanya sebagai pembikin filem dan cuba ingin mengelakkan filem aksi yang cukup sinonim dengan abangnya, Syamsul.[3] Beliau turut mengakui kurang berminat berlakon di bawah arahan sendiri berbanding bapa dan abangnya.[3]

Portal berita Sinar Harian menyatakan bahawa karya filem garapan Syafiq masih "berbaur nafas ketimuran" biarpun dihidangkan dengan teknologi hebat yang bergerak seiring dengan kehendak penonton.[38] Syafiq sendiri mengakui beliau bukanlah seorang pengarah yang menghasilkan sebuah filem "syok sendiri",[38] namun lebih suka bereksperimentasi dari segi teknikal dan menguji kreativitinya melalui gerak kerja kamera.[39]

Kehidupan peribadi

Syafiq berkahwin dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dengan sekali lafaz. Majlis perkahwinan pasangan ini diadakan di Surau Tabung Haji, Kuala Lumpur pada jam 9.50 pagi. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.[40][41] Pada Januari 2016, Syafiq dan isteri, Aisyeah telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, iaitu anak perempuan sulung mereka yang diberi nama Nuur Jannah kira-kira jam 1:56 petang, pada Jumaat sempena Tahun Baru 2016.[42][43][44]

Pada Julai 2016, Syafiq dimasukkan ke Hospital Tawakal Kuala Lumpur selepas mengadu sakit perut dan disahkan menghidap apendiks. Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar daripada hospital lebih awal dan bertahan dengan pengambilan ubat buat sementara waktu, namun menangguhkan pembedahan penyakitnya demi kerja.[45][46]

Pada 4 Februari 2018, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata perempuan kedua, Nuur Nusaybah dengan berat 3.6 kilogram.[47][48] Menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagramnya, ia dinamakan sempena seorang pejuang Muslimah Islam pertama.[49][50][51]

Pada 8 Februari 2023, Syafiq dan Aisyeah menimang cahaya mata ketiga mereka, iaitu anak lelaki sulung mereka yang diberi nama Muhamad Nu'Aiman.[52]

Cabang lain

Dengan kejayaannya dalam bidang lakonan dan perfileman, Syafiq menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Beliau memasarkan produk minyak argan yang diberi nama Luxone Argan Oil yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, rambut dan kuku dengan 100 peratus asli dari Argania Spinosa organik, iaitu sejenis pati minyak dari Maghribi. Menurut Syafiq, beliau tertarik untuk memasarkan produk Luxone ini di pasaran Malaysia kerana keberkesanan yang ditunjukkan kerana isterinya menggunakan produk tersebut. Pelakon senior Dato' Rosyam Nor telah dilantik sebagai duta bagi produk ini.[53][54] Syafiq juga menjadikan usahawan terkenal Dato' Sri Aliff Syukri Kamarzaman sebagai idolanya dalam bidang perniagaan.[55][56]

Kolaborasi

Syafiq mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Syamsul Yusof ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam lima filem. Sementara Zizan Razak, Razib Salimin, Siraj Alsagoff dan Zul Ariffin muncul dalam empat filem.

Pelakon SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) Abang Long Fadil (2014) Villa Nabila (2015) Desolasi (2016) Abang Long Fadil 2 (2017) KL Special Force (2018) Misteri Dilaila (2019) Penunggang Agama (2021) Penunggang Agama 2 (2021) Abang Long Fadil 3 (2022) Polis EVO 3 (2023) Sheriff: Narko Integriti (2024) Telekinesis (2024) Soloz: Game Of Life (2025) Jumlah
Shaheizy Sam X markN X markN 2
Lisa Surihani X markN 1
Syamsul Yusof X markN X markN X markN X markN X markN 5
Azad Jasmin X markN 1
Neelofa X markN 1
Harun Salim Bachik X markN X markN 2
Joey Daud X markN X markN 2
Fimie Don X markN X markN 2
Zizan Razak X markN X markN X markN X markN 4
Kamal Adli X markN 1
Shiqin Kamal X markN 1
Tauke Jambu X markN 1
Yassin Yahya X markN 1
Ruzaidi Abdul Rahman X markN 1
A. Galak X markN X markN 2
Pablo Amirul X markN 1
Aman Graseka X markN X markN 2
Ruzzlan Abdullah Shah X markN X markN 2
Aaron Aziz X markN X markN 2
Soffi Jikan X markN 1
Mak Jah X markN 1
Pekin Ibrahim X markN X markN 2
Tisha Shamsir X markN 1
Bella Dally X markN 1
Jalaluddin Hassan X markN X markN 2
Aida Khalida X markN 1
Razib Salimin X markN X markN X markN X markN 4
C. Kumaresan X markN 1
Siraj Alsagoff X markN X markN X markN X markN 4
AC Mizal X markN X markN 2
Tania Hudson X markN X markN X markN 3
Wak Doyok X markN X markN 2
Achey Bocey X markN 1
Shuib Sepahtu X markN X markN 2
Mas Khan X markN X markN 2
Delimawati X markN 1
Yusof Haslam X markN X markN 2
Rosyam Nor X markN X markN 2
Fattah Amin X markN X markN 2
Sabrina Ali X markN X markN 2
Mustaqim Bahadon X markN 1
Josiah Hogan X markN 1
Ramona Zamzam X markN 1
Esma Daniel X markN X markN 2
Puteri Balqis X markN 1
Shaharuddin Thamby X markN X markN 2
Mahmud Ali Bashah X markN 1
Wan Raja X markN 1
Liza Abdullah X markN 1
Roslan Saleh X markN 1
Zul Ariffin X markN X markN X markN X markN 4
Elizabeth Tan X markN X markN X markN 3
Sasqia Dahuri X markN 1
Namron X markN 1
Kenji Sawahi X markN X markN 2
Nafiez Zaidi X markN 1
Azira Shafinaz X markN X markN X markN 3
Johan As'ari X markN X markN 2
Salina Saibi X markN X markN 2
Nasir Bilal Khan X markN X markN 2
Tony Eusoff X markN 1
Rahim Razali X markN 1
Anna Jobling X markN 1
Johan Raja Lawak X markN 1
Maya Karin X markN 1
Ozlynn Waty X markN 1
Kazar Saisi X markN 1
Khir Rahman X markN 1
Jay Iswazir X markN 1
Daniella Sya X markN 1
Hairul Azreen X markN 1
Sharnaaz Ahmad X markN 1
Nora Danish X markN 1
Syafiq Kyle X markN X markN 2
Douglas Lim X markN 1
Farali Khan X markN 1
Fauzi Nawawi X markN X markN 2
Eyka Farhana X markN 1
Fadilah Mansor X markN 1
Hun Haqeem X markN X markN 2
Kodi Rasheed X markN 1
Hazama Azmi X markN 1
Azri Iskandar X markN 1
Hasnul Rahmat X markN X markN 2
Yusuf Bahrin X markN 1
Beto Kusyairy X markN 1
Ikmal Amry X markN 1
Jaa Suzuran X markN 1
Hafeez Mikail X markN 1
Jihaa Sham X markN 1
Wafiy X markN 1
Syafie Naswip X markN 1
Lisdawati X markN 1

Filemografi

Kunci
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit Penyunting
2010 Abangku Gengster Ya Tidak Tidak Tidak Filem pendek
Hantu Takde Kepala Ya Tidak Tidak Tidak
Abangku Gengster II Ya Tidak Tidak Tidak
Lorong Ya Tidak Ya Ya Filem pendek; juga sebagai pengarah fotografi
2011 Along Ya Ya Ya Tidak Filem pendek
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Ya Ya Tidak Ya Filem arahan pertama
2014 Abang Long Fadil Ya Ya Tidak Ya
2015 Villa Nabila Ya Tidak Ya Tidak
2016 Mat Moto Ya Tidak Ya Tidak Beliau mengarahkannya bersama Pekin Ibrahim
Desolasi Ya Ya Tidak Ya
2017 Abang Long Fadil 2 Ya Ya Tidak Ya
2018 KL Special Force Ya Ya Ya Ya
2019 Misteri Dilaila Ya Ya Tidak Ya
Rise to Power: KLGU Ya Tidak Tidak Tidak Beliau mengarahkannya bersama Faisal Ishak
2021 Penunggang Agama Ya Tidak Tidak Tidak
Penunggang Agama 2 Ya Tidak Tidak Tidak
2022 Abang Long Fadil 3 Ya Ya Tidak Tidak
2023 Polis EVO 3 Ya Tidak Tidak Tidak
Budak Flat Ya Tidak Tidak Tidak Juga sebagai pengarah penyelarasan
2024 Sheriff: Narko Integriti Ya Ya Tidak Ya
Telekinesis Ya Tidak Ya Ya Juga sebagai idea asal
2025 Soloz: Game Of Life Ya Ya Tidak Tidak
Blood Brothers Ya Tidak Tidak Tidak Beliau mengarahkannya bersama Abhilash Chandra, Pra-produksi

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan Saluran TV
Pengarah Penerbit
2008–2013 Roda-Roda Kuala Lumpur Ya Tidak Syafiq, sebagai pelakon TV2
2009–2011, 2014–2021 Gerak Khas Ya Ya Sebagai pelakon dan penerbit bersama TV2, TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Ya Tidak Daniel, juga sebagai pengarah bersama dan serta pelakon TV2
2015–2016 Cinta Dari Marikh Ya Tidak Adam, sebagai pelakon
2021–2022 Gerak Khas Undercover Ya Ya Sebagai pengarah dan penerbit bersama TV3
2024 Polis Peronda Ya Tidak Sebagai pengarah bersama

Drama web

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Rangkaian
Pengarah Penerbit
2018 KL Gangster: Underworld Tidak Ya Iflix
2020 KL Gangster: Underworld 2 Tidak Ya WeTV
2023 Special Force: Anarchy Ya Tidak Disney+ Hotstar

Videografi

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi Pengarah
2012 "Nyawaku" DJ Dave Ya
"Sempurnakan Aku" Anuar Zain Ya
"Ajari Aku" Ya
2013 "Jalan Bersimpang" Filsuf dan Sleeq Ya
2014 "Cobaan" Zizan Razak Ya
2015 "Cinta Untuk Nabila" CD Naz Silkhannaz & The Jawi Ya
2016 "Kalah Dalam Menang" Syamsul Yusof dan Mawi Ya
"Bukan Propaganda" Ya

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Penerima Karya tercalon Kategori Keputusan Rujukan
2013 Festival Filem Malaysia ke-25
Syafiq Yusof SAM Pengarah Terbaik Tercalon [4]
Penyunting Terbaik Tercalon
Pengarah Harapan Menang
2017 Anugerah PROFIMA 2017 Desolasi Pengarah Terbaik Menang [57]
Festival Filem Malaysia ke-29 Abang Long Fadil 2 Filem Box Office Menang
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Terbaik Filem Tercalon
KL Special Force Tercalon
Abang Long Fadil 2 Lakon Layar Terbaik Filem Tercalon
KL Special Force Tercalon
2022 Festival Filem Malaysia ke-32 Abang Long Fadil 3 Pengarah Terbaik Tercalon
Penyunting Terbaik Tercalon
2024 Festival Filem Malaysia ke-33 Sheriff: Narko Integriti Pengarah Terbaik Tercalon
Penyunting Terbaik Tercalon

Rujukan

  1. ^ Angelin Yeoh (15 Julai 2016). "Syafiq and Syamsul Yusof on working with their harshest critic". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-22. Dicapai pada 21 April 2017.
  2. ^ Wahiduzzaman (23 Ogos 2012). Eksperimen Syafiq Yusof Menjadi Dalam 'SAM' mStar. Diperoleh pada 1 September 2012.
  3. ^ a b c Haryati Karim (26 Julai 2012). SAM tekanan buat Syafiq Diarkibkan 2017-04-21 di Wayback Machine Kosmo!. Diperoleh pada 1 Ogos 2012.
  4. ^ a b Nurezzatul Aqmar Mustaza (1 Mac 2013). Syafiq julang trofi Pengarah Harapan Sinar Harian. Diperoleh pada 3 Mac 2013.
  5. ^ Siti Kamilah Mustapha (4 Oktober 2012). Evolusi KL Drift The Series versi Syafiq, Rizal Kosmo! Online. Dicapai pada 5 Oktober 2012.
  6. ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Diarkibkan 2017-12-09 di Wayback Machine Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
  7. ^ "Viper Studios: About Us". Viper Studios. Dicapai pada 12 April 2018.
  8. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-09. Dicapai pada 9 April 2018.
  9. ^ a b c d Haryati Karim (20 November 2014). "Filem Villa Nabila milik Syafiq". Kosmo!. Dicapai pada 1 Disember 2014.
  10. ^ a b c "Sentuhan terbaru Syafiq Yusof". Sinar Harian. 25 November 2015. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  11. ^ Faizal Asyraf (5 December 2014). "Syafiq Yusof offers spiritual and horror". New Straits Times. Dicapai pada 7 December 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  12. ^ "5 FAKTA FILEM MAT MOTO YANG ANDA PERLU TAHU". Kakimuvee.com. 27 Julai 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-02. Dicapai pada 2016-01-12. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  13. ^ "Syafiq Yusof terima 'Mat Moto' kerana Pekin Ibrahim". The Rakyat Post. 19 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-03. Dicapai pada 20 Januari 2016.
  14. ^ a b Dennis Chua (18 January 2016). "Syafiq Yusof directs elder brother Syamsul in Desolasi". New Straits Times. Dicapai pada 19 January 2016.
  15. ^ Angelin Yeoh (6 December 2016). "How did Syafiq Yusof empty the streets of KL for Desolasi?". Star2. Dicapai pada 7 December 2016.
  16. ^ Syafil Syazwan Jefri (2 November 2016). "Syafiq 'kosong' lokasi sibuk KL". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-02. Dicapai pada 7 Disember 2016.
  17. ^ Aqmar Mustaza (19 November 2016). "Syafiq Yusof kembali dengan Desolasi". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  18. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (20 November 2016). "Garapan Syafiq". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-21. Dicapai pada 7 Disember 2016. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  19. ^ "Desolasi Buah Tangan 'Bijak' Syafiq Yusof". Astro Gempak. 13 Disember 2016. Dicapai pada 15 Disember 2016.
  20. ^ Shazryn Mohd Faizal (21 Disember 2016). "'Desolasi' Terus Perkukuhkan Jenama Syafiq Yusof". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-21. Dicapai pada 21 Disember 2016.
  21. ^ "Abang Long Fadil 2: kisah gengster jalanan ke dunia mafia". Kosmo!. 6 August 2017. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  22. ^ Angelin Yeoh (30 Disember 2017). "Year of Champions: Director Syafiq Yusof and his success with 'Abang Long Fadil 2'". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-14. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  23. ^ Nurul Fadila Awaludin (21 September 2017). "ALF bakal jadi karya francais Syafiq Yusof". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-13. Dicapai pada 29 September 2017.
  24. ^ Bibi Nurshuhada Ramli (21 September 2017). "Filmmaker Syafiq mulls movie sequel". New Straits Times. Dicapai pada 29 September 2017.
  25. ^ Angelin Yeoh (19 Februari 2018). "What's next for director Syafiq Yusof". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-01. Dicapai pada 23 Februari 2018.
  26. ^ Ashraff Naseer (6 Disember 2017). "Syafiq Yusof bakal mengarahkan KL Gangster: Underworld untuk iflix". Cinema.com.my. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  27. ^ "'KL Gangster' series in the works for iflix's 2018 original programme slate". The Malay Mail. 6 Disember 2017. Dicapai pada 12 Mac 2018.
  28. ^ Elrafaei Sapi (16 Ogos 2016). "KL Special Force Filem Aksi Setanding Hollywood". Rojak Daily. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  29. ^ Nor Fatihah Ismail (4 Mac 2018). "Yusof, Syafiq cakap pasal KL Special Force". Kosmo!. Dicapai pada 7 Mac 2018.
  30. ^ Dennis Chua (4 April 2018). "#Showbiz: KL Special Force powers on RM12.1 million collection". New Straits Times. Dicapai pada 7 April 2018.
  31. ^ Aref Omar (9 Mac 2018). "Action packed collision course of drama and thrills". New Straits Times. Dicapai pada 14 Mac 2018.
  32. ^ "Mungkin akan ada Abang Long Fadil 3". Astro Gempak. 26 Ogos 2017. Dicapai pada 3 April 2018.
  33. ^ Kristin Brzoznowski (16 Ogos 2018). "Malaysian Original KL Gangster: Underworld Debuts on iflix". Worldscreen. Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  34. ^ Rebecca Hawkes (17 Ogos 2018). "iflix streams Malaysian original KL Gangster". Rapid TV News. Dicapai pada 18 Ogos 2018. The spin-off of Malaysian box office success KL Gangster has been released for free streaming on video-on-demand (VOD) platform iflix.
  35. ^ Bissme S. "Playing mind games". The Sun (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 February 2019.
  36. ^ Nur Syamimi (17 Januari 2019). "Tonton Trailer Rasmi Filem Misteri Dilaila Arahan Syafiq Yusof". The Voccket. Dicapai pada 18 Januari 2019.
  37. ^ Amri Hassan (25 September 2019). "Polis EVO 3 bakal shoot tidak lama lagi" - Peminat teruja tunggu kemunculan Zizan dan Sam Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  38. ^ a b "Syafiq Yusof terus cipta nama". Sinar Harian. 9 Disember 2017. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  39. ^ "Syafiq penerus legasi". Harian Metro. 24 September 2017. Dicapai pada 11 Mac 2018.
  40. ^ Hanan Mansor (20 April 2014). "Majlis resepsi sederhana tapi meriah". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-04. Dicapai pada 21 April 2014.
  41. ^ "Syafiq Yusof kini suami Aeisha". Media Hiburan. 5 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-22. Dicapai pada 21 April 2014.
  42. ^ "Syafiq Yusof, Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Pertama". Rotikaya. 1 Januari 2016. Dicapai pada 2 Januari 2016.
  43. ^ Rozdan Mazalan (1 Januari 2016). "Syafiq dapat anak sulung perempuan". Berita Harian. Dicapai pada 2 Januari 2016.
  44. ^ "Syafiq Yusof, Isteri Timang Anak Sulung Pada Tahun Baru!". My News Hub. 2 Januari 2016. Dicapai pada 3 Januari 2016.
  45. ^ Rozdan Mazalan (11 Julai 2016). "Syafiq tangguh pembedahan buang apendiks demi kerja". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  46. ^ Rozdan Mazalan (14 Julai 2016). "Syafiq derita batu karang, bukan apendiks". Berita Harian. Dicapai pada 3 Januari 2017.
  47. ^ Norhidayyu Zainal (5 Februari 2018). "Syafiq Yusof timang anak kedua". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  48. ^ "Nuur Nusaybah Orang Baru Dalam Hidup Syafiq Yusof". Malaysian Digest. 5 Februari 2018. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  49. ^ "Tahniah! Syafiq Yusof Dan Isteri Timang Puteri Kedua". My News Hub. 5 Februari 2018. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  50. ^ Aref Omar (5 Februari 2018). "Filmmaker Syafiq Yusof blessed with second baby girl". New Straits Times. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  51. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (4 Februari 2018). "Syafiq sambut kelahiran puteri kedua". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2018.
  52. ^ "Syafiq Yusof dapat anak ketiga". Harian Metro. 8 February 2023. Dicapai pada 9 February 2023.
  53. ^ "Syafiq Yusof Kini Bergelar Tauke Minyak Argan". Malaysia Digest. 18 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
  54. ^ Kemalia Othman (20 April 2017). "Syafiq Yusof Pilih Rosyam Nor Jadi Duta Kecantikan". mSTAR Online. Dicapai pada 21 April 2017.
  55. ^ "Berniaga Produk Kecantikan, Syafiq Yusof Jadikan Aliff Syukri Idola". Astro Gempak. 20 April 2017. Dicapai pada 21 April 2017.
  56. ^ Intan Suhana Che Omar (20 April 2017). "Pengarah Filem Jual Minyak Argan". Youth Bernama. Dicapai pada 21 April 2017.
  57. ^ Muhamad Fairoz Azizan (7 November 2017). "Syafiq Yusof menang Pengarah Terbaik Anugerah PROFIMA". Berita Harian. Dicapai pada 7 Februari 2018.

Pautan luar

Read other articles:

British actress (b. 1978) Balvinder SopalSopal in 2021Born (1978-12-04) 4 December 1978 (age 44)Chatham, Kent, EnglandEducationUniversity of HuddersfieldOccupationActressYears active2001–presentNotable workEastEnders (2020–present) Balvinder Sopal (born 4 December 1978) is an English actress, whose acting career has spanned for over two decades. She rose to prominence for her portrayal as Suki Panesar in the BBC soap opera EastEnders since January 2020. Her most notable storylin...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (يوليو 2020) سانغكوليرانغ مانغكاليهات كارست موقع اليونيسكو للتراث العالمي الدولة إندونيسيا  المعايير (iii) معيار تقدير القيمة العالمية الاستثثنائية  [لغات أخرى]...

 

ماركوس هوريسون معلومات شخصية الميلاد 14 مارس 1981 (العمر 42 سنة) الطول 1.86 م (6 قدم 1 بوصة)[1][1] مركز اللعب حارس مرمى الجنسية إندونيسيا  مسيرة الشباب سنوات فريق 1998–2000 Diklat PPLP Sumatra Selatan المسيرة الاحترافية1 سنوات فريق م. (هـ.) 2000–2001 PSL Langkat 6 (0) 2001–2002 باتام 20 (0) 2002–2003 Persira...

This article is about the album. For the song, see One Nation Under a Groove (song). 1978 studio album by FunkadelicOne Nation Under a GrooveStudio album by FunkadelicReleasedSeptember 22nd, 1978Recorded1977–1978StudioUnited Sound (Detroit, Michigan)Monroe Civic Center (Monroe, Louisiana)Genre Funk[1][2] rock[3][4] R&B[3][4] black rock[1] Length42:10 (original album)17:26 (bonus EP)59:36 (total)LabelWarner Bros.ProducerGeor...

 

Samuel Morton Samuel George Morton (* 1799; † 1851) war ein US-amerikanischer Anthropologe und Rassentheoretiker. Er gilt als der erste amerikanische Paläontologe und war unter anderem Präsident der Academy of Natural Sciences of Philadelphia. 1845 wurde er in die American Academy of Arts and Sciences gewählt. Inhaltsverzeichnis 1 Leben 2 Forschung 3 Weblinks 4 Einzelnachweise Leben Zu seinen Kindern zählen Thomas George Morton und James St. Clair Morton. Forschung Morton verfügte übe...

 

ジョン・コリンズJohn Collins アトランタ・ホークスでのコリンズ(2021年)ユタ・ジャズポジション PF所属リーグ NBA基本情報国籍 アメリカ合衆国生年月日 (1997-09-23) 1997年9月23日(26歳)出身地 ユタ州レイトン(英語版)身長 206cm (6 ft 9 in)体重 103kg (227 lb)キャリア情報高校 カージナル・ニューマン高等学校大学 ウェイクフォレスト大学NBAドラフト 2017年 ...

Porsche Tennis Grand Prix 2017Tanggal24–30 April 2017Edisike-40KategoriPremierPeserta28S / 16DHadiah uang€ 573.306Jenis lap.Clay (ind.)LokasiStuttgart, JermanTempatPorsche-Arena← 2016 ·Porsche Tennis Grand Prix· 2018 → Porsche Tennis Grand Prix 2017 adalah turnamen tenis putri yang diselenggarakan di Stuttgart, Jerman. Tahun ini merupakan edisi ke-40 dari penyelenggaraan Porsche Tennis Grand Prix dan merupakan turnamen level Premier dalam WTA Tour 2017. T...

 

Pulau MursalaKoordinat01°38′15″LS,98°31′33″BTNegara IndonesiaGugus kepulauanSumatraProvinsi Sumatera UtaraKabupatenTapanuli TengahPopulasi- Pulau Mursala merupakan salah satu pulau yang berada di Samudra Hindia. Pulau ini berada di sisi barat Pulau Sumatra.[1] Secara administrasi, Pulau Mursala terletak di Tapanuli Tengah, Provinsi Sumatera Utara. Pulau ini masuk ke dalam wilayah Kecamatan Tapian Nauli, Tapanuli Tengah dan terletak di sebelah Barat Daya Kota Sibolga dan...

 

Bài này viết về sân vận động đã bị phá hủy. Đối với sân vận động mới được xây dựng trên địa điểm của sân cũ, xem Sân vận động Quốc gia Nhật Bản. Sân vận động Quốc giaKokuritsu KyōgijōSân vận động trong một trận đấu J.League Cup, 2004Vị trí10-2, Kasumigaoka-machi, Shinjuku, Tokyo, Nhật BảnTọa độ35°40′41″B 139°42′53″Đ / 35,67806°B 139,71472°Đ / 35.67806; 139.714...

English actor (born 1967) Jason StathamStatham in 2018Born (1967-07-26) 26 July 1967 (age 56)Shirebrook, Derbyshire, EnglandOccupationActorYears active1993–presentPartner(s)Rosie Huntington-Whiteley(2010–present; engaged)Children2 Jason Statham (/ˈsteɪθəm/; born 26 July 1967) is an English actor. He is known for portraying characters in various action-thriller films who are typically tough, hardboiled, gritty, or violent. Statham began practising Chinese martial arts, kickbo...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (ديسمبر 2023) هذه مقالة غير مراجعة. ينبغي أن يزال هذا القالب بعد أن يراجعها محرر مغاير للذي أنشأها؛ إذا لزم الأمر فيجب أن توسم المقالة بقوالب الصيانة المناسبة. يمكن أيضاً ...

 

Religion in the country of Vanuatu Sacred Heart Cathedral in Port Vila. Christianity is the largest religion in Vanuatu. Vanuatu is an archipelago made up of 13 larger islands, and approximately 70 smaller surrounding islands, each home to multitudes of diverse cultural and religious communities.[1] As of 2020, the population of approximately 300,000 people speak as many as 145 languages throughout the island nation.[2] Approximately 82% of the population of Vanuatu is Christi...

2009 video game This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: FusionFall – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (September 2023) (Learn how and when to remove this template message) 2009 video gameFusionFallDeveloper(s)Grigon EntertainmentPublisher(s)Cartoon NetworkDirector(s) Levon Hakobyan Greg Gr...

 

2008 Canadian television film This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: The Lost Treasure of the Grand Canyon – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (December 2009) (Learn how and when to remove this template message) The Lost Treasure of the Grand CanyonWritten byClay CarmoucheDirected byFarhad...

 

Rwandan genocide participants Human skulls at the Nyamata Genocide Memorial CentrePart of a series on theRwandan genocide Background History of Rwanda Origins of Hutu, Tutsi and Twa Kingdom of Rwanda Rwandan Revolution Rwandan Civil War Hutu Power Assassination ofHabyarimana and Ntaryamira Events Initial events Chronology Gikondo massacre Musha Church massacre Nyarubuye massacre Parties responsible People indicted by theInternational Criminal Tribunal Genocidaires Akazu Impuzamugambi militia ...

Coordenadas: 41° 32' 11 N 6° 57' 22 O  Portugal Macedo de Cavaleiros    Freguesia   Gentílico Macedense Localização Macedo de CavaleirosLocalização de Macedo de Cavaleiros em Portugal Coordenadas 41° 32' 11 N 6° 57' 22 O Região Norte Sub-região Terras de Trás-os-Montes Distrito Bragança Município Macedo de Cavaleiros Código 040520 Administração Tipo Junta de freguesia Características geográficas Área total 15,34...

 

У этого термина существуют и другие значения, см. Йоа. «Йоа» «Gjøa» «Йоа» прибывает в Ном 31 августа 1906 года Класс и тип судна Парусно-моторный шлюп Оператор Ханс Кристиан Йоханнесен, с 1901 Руаль Амундсен Изготовитель Кнют Йоханнесен Скаале[nn], Розендаль[en], Норвегия Спущен на ...

 

Alien empire from the Half-Life video game series The CombineThe Combine clamp symbol, seen in propaganda throughout Half-Life: Alyx and Half-Life 2SeriesHalf-LifeFirst appearanceHalf-Life 2Most recent appearanceHalf-Life: AlyxCreated byMark LaidlawIn-universe informationOther name(s)Our Benefactors (Dr. Breen), Our Malefactors (Dr. Kleiner), CMB (various in-game imagery/symbolism)TypeInter-dimensional alien conglomerateLeaderDr. Breen (puppet ruler)EmployeesTranshuman soldiersPurposeConquest...

2010 visual novel adventure game 2010 video gameDanganronpa: Trigger Happy HavocCover art featuring Monokuma and Hope's Peak AcademyDeveloper(s)Spike[a]Publisher(s)Spike[b]Director(s)Tatsuya MarutaniProducer(s)Yuichiro SaitoYoshinori TerasawaDesigner(s)Takayuki SugawaraDai NakajimaProgrammer(s)Kengo ItoArtist(s)Rui KomatsuzakiWriter(s)Kazutaka KodakaComposer(s)Masafumi TakadaSeriesDanganronpaEngineUnity (Anniversary)Platform(s)PlayStation PortableAndroidiOSPlayStation VitaLinu...

 

« CIA » redirige ici. Pour les autres significations, voir CIA (homonymie). Ne doit pas être confondu avec FBI. Central Intelligence Agency Drapeau de la CIA. Sceau de la CIA. Siège de la CIA le George Bush Center for Intelligence à Langley en Virginie. Création 18 septembre 1947 (76 ans) Affiliation Aucune (agence indépendante du gouvernement des États-Unis) Juridiction Gouvernement fédéral des États-Unis Siège George Bush Center for IntelligenceLangley, Virginie ...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!