Kawasan ini telah diciptakan pada tahun 2003 dan juga disingkatkan sebagai Sg. Pinang. Ia terletak di negeri Selangor. Pada tahun 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah mengesyorkan kawasan negeri ini, Sungai Pinang untuk dipinda. Kini, ia dikenali sebagai Bandar Baru Klang. Kawasan ini dipinda kerana perubahan sempadan atau nama asalnya tidak sesuai digunakan lagi.[1][2] Berdasarkan warta yang diperakui pada 29 April 2016, kawasan pilihan raya ini mempunyai 12 daerah mengundi iaitu Kampung Sungai Pinang, Rantau Panjang, Kampung Batu Tiga, Taman Eng Ann 1, Persiaran Sultan Ibrahim 2, Bandar Klang, Sungai Pinang Selatan, Pasar Jawa, Jalan Goh Hock Huat, Teluk Kapas, Persiaran Sultan Ibrahim 1 serta Taman Eng Ann 2. Masing-masing mempunyai satu atau lebih pusat pengundian, jadual di bawah ialah senarai nama pusat pengundian.[3]
Daerah Mengundi dan Tempat Mengundi di DUN Sungai Pinang pada tahun 2016.
Pecahan etnik pengundi kawasan negeri Sungai Pinang setakat 2013
Melayu (28.2%)
Cina (66.4%)
India (4.8%)
Etnik lain (0.5%)
Menurut pilihan raya negeri Selangor 2013, sebanyak 27,404 orang pengundi yang berdaftar yang terdiri daripada empat jenis kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kebanyakkannya pengundi ialah beretnik Cina dengan peratusan sebanyak 66.4, kemudian diikuti oleh etnik Melayu (28,2%), India (4.8%) dan paling sedikit ialah lain-lain (0.5%).[4]
Gambaran keseluruhan demografi pengundi di kerusi DUN Sungai Pinang