Al-Mu'tasimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (Jawi: المعتصم بالله محب الدين سلطان عبدالحليم معظم شاه ابن المرحوم سلطان بدلي شاهcode: ms is deprecated ; 28 November 1927 – 11 September 2017) merupakan Sultan Negeri Kedah Darul Aman ke-28 (14 Julai 1958 – 11 September 2017) serta Yang di-Pertuan AgongMalaysia yang ke-5 (21 September 1970 – 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016). Baginda merupakan Raja pertama yang memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong dua kali, dan yang paling lama memegang jawatan. Sejurus sebelum kemangkatannya, baginda ialah raja yang paling lama berkuasa kedua di dunia selepas Ratu Elizabeth II dari United Kingdom.
Kehidupan awal كهيدوڤن اول
Sultan Abdul Halim diputerakan pada 28 November 1927 iaitu pada zaman pemerintahan paduka nenda baginda, Sultan Abdul Hamid Halim Shah di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Paduka ayahanda baginda, Raja Muda Kedah (kemudian Sultan Badlishah), merupakan paduka putera ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim. Paduka bonda baginda, Tunku Sofiah, merupakan puteri kepada Tunku Mahmud. Baginda merupakan anakanda kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Kolej Wadham, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah daripada ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]
Kebawah Duli Tuanku telah menunaikan ibadat haji pada tahun 1974 di kota suci Mekah. Antara yang mengikuti rombongan baginda mengerjakan ibadat haji ialah Tun Dr. Mahathir.[4]
Baginda mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit, Kedah pada pukul 2:30 petang waktu tempatan.[5]
Yang di-Pertuan Agong يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ
Tuanku Abdul Halim ditabalkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dari 20 September 1965 sehingga 21 September 1970. Apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Sultan Abdul Halim, ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-5 (1970 - 1975)
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan baginda tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[6]
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Baginda merupakan sultan Pertama memegang jawatan ini dua kali.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[7]
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.[8][9]
Baginda dan Sultanah Bahiyah juga telah mengangkat kedua-dua anakanda perempuan kembar daripada kekanda sulungnya, Tunku Hamidah sebagai anakanda angkat pada 3 Mei 1960 sebelum kelahiran anakanda tunggal mereka iaitu:
Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya
Almarhumah Yang Teramat Mulia Tunku Sarina
Sambutan Jubli Emas سمبوتن جوبلي امس
Pada 15 Julai 2008, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah merayakan Jubli Emasnya sebagai Sultan Kedah. Baginda satu-satunya Sultan keempat dalam seramai 28 orang Sultan yang telah merayakan 50 tahun pemerintahan di Kedah.[14] Sultan Kedah yang telah meaniki takhta lebih daripada 50 tahun ialah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1432-1473) Sultan ke-8, Sultan Zainal Adilin Mu'azam Shah II (1710-1778) Sultan ke-19 dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), paduka nenda baginda.
Bersempena dengan Jubli Emas, 15 Julai 2008 diisytiharkan sebagai cuti umum untuk seluruh negeri Kedah.[15] Majlis penyerahan sumbangan sempena Jubli Emas telah diadakan di Istana Anak Bukit pada 6 Julai 2008 oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Sepanjang minggu keseluruhan Jubli Emas, pelbagai acara diadakan untuk memperingati Sultan.
Pangkat ketenteraan ڤڠكت كتنترأن
Tuanku Abdul Halim memegang pangkat MarsyalTentera Udara Diraja Malaysia[16] dalam tugas perlembagaannya sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pangkat Marsyal Padang Tentera Malaysia dan Laksamana Armada Tentera Laut Diraja Malaysia. Sejak tahun 1972, baginda ialah Ketua Kolonel Rejimen Melayu Diraja, dan juga melaksanakan tugas yang sama untuk Kor Khidmat Diraja Tentera Malaysia.
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
Gelaran hormat bagi Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
28 November 1927 – 13 Mei 1943: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah
13 Mei 1943 – 6 Ogos 1949: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah
6 Ogos 1949 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
9 Mac 1957 – Julai 1957: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Pemangku Raja Kedah
Julai 1957 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
15 Julai 1958 – 21 September 1970: Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXVIII
21 September 1970 – 20 September 1975: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong V
20 September 1975 – 13 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXVIII
13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong XIV
13 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman XXVIII
Gelaran penuh baginda sebelum kemangkatan ialah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya.
Kurniaan كورنياءن
Kurniaan Negara dan Negeri كورنياءن نڬارا دان نڬري
Grand Master Bintang Keberanian Negeri Kedah (sejak 15 Julai 1958)
Raja dan Ketua Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (sejak 21 Februari 1964)
Raja dan Ketua Darjah Kerabat Halimi Yang Amat Mulia Kedah (sejak Januari 1973)
Raja dan Ketua Darjah Utama Kedah (sejak 15 Julai 1958)
Founding Grand Master Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat di-Hormati (sejak 2005)
Grand Master Bintang Perkasa Negeri Kedah (sejak 15 Julai 1958)
Founding Grand Master dan Dato' Sri Paduka (SPMK) Darjah Yang Maha Mulia Sri Mahkota Kedah (sejak 21 Februari 1964)
Founding Grand Master dan Dato' Sri Setia di-Raja Kedah (SSDK) Darjah Yang Mulia Setia di-Raja (sejak 21 September 1973)
Founding Grand Master Darjah Yang Mulia Sri Setia Sultan 'Abdu'l Halim Mu'azzam Shah (sejak 2008)
Founding Grand Master dan Datuk Sri Paduka Sultan 'Abdu'l Halim Mu'azzam Shah (DHMS) Darjah Yang Mulia Sri Setia Sultan 'Abdu'l Halim Mu'azzam Shah (sejak 15 Julai 1983)
Raja dan Ketua Darjah Kebesaran Gemilang Sri Mahkota Kedah (sejak Januari 2001)
Baginda berkenan mengambil sepasang kembar puteri kepada paduka kakanda perempuan sulung baginda sebagai anakanda angkat pada tahun 1960.[23] Baginda dikurniakan seorang puteri pada tahun 1966 oleh Tuanku Hajah Bahiyah.[24]
Baginda telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit Alor Setar pada jam 2:30 petang.[5]
Pengumuman kemangkatan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melalui sidang media khas dengan tujuh hari tempoh berkabung ditetapkan di Kedah manakala semua keraian, perayaan dan sambutan dibatalkan.[25]
Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula 11 September 2017.
Pemakaman ڤمقامن
Sebanyak 21 das tembakan meriam telah dilepaskan tepat jam 7 pagi 12 September 2017, sebagai pemakluman kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian disemayamkan di Balai Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit bagi istiadat bersiram bermula jam 8:30 pagi, sebelum dikafan dan dijangka disembahyangkan. Solat jenazah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, dan disertai 22 pelajar Maahad Tahfiz Al Wustha dari Guar Chempedak.
Rakyat jelata mula memasuki Istana Diraja Anak Bukit untuk solat jenazah sebelum disusuli istiadat penghormatan terakhir mulai jam 11 pagi manakala sesi khas kenamaan serta delegasi asing bermula 12:30 tengah hari.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, turut hadir memberikan penghormatan terakhir apabila baginda tiba 12:40 tengah hari di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Baginda diiringi oleh Tunku Bendahara Kedah, Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani.
Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian diarak menggunakan Pedati Diraja ke Makam Diraja Langgar dengan diiringi 89 das tembakan meriam yang ditetapkan mengikut umur baginda. Jenazah Almarhum diiringi dua kumpulan pengusung membabitkan ketiga-tiga ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Baginda dimakamkan bersebelahan pusara permaisuri Baginda, Sultanah Bahiyah di Makam Diraja Langgar, berdekatan dengan Masjid Langgar di Alor Setar, Kedah.[25]
^Bernama (15 Oktober 2011). "Kedah Sultan to be King again". theStar online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-16. Dicapai pada 16 Oktober 2011. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)