Spektrum elektromagnet (Jawi: سڤيكتروم ايليكترومڬنيت) merupakan julat semua sinaran elektromagnet. Manakala "spektrum elektromagnet" sesuatu objek ialah julat frekuensi sinaran elektromagnet yang dipancarkan, dipantulkan atau disiarkan.
Gelombang elektrognetik ini boleh bergerak dalam ruang-ruang kosong termasuklah vakum. Dengan memasang sebuah antena yang sesuai pada litar elektrik, gelombang elektromagnetik boleh disebarkan secara berkesan dan juga boleh diterima pada kadar jarak tertentu.
Melalui teknologi terkini, bit-bit data boleh dihantar melalui gelombang elektromagnetik melalui frekuensi yang digunakan. Semakin kecil lebar frekuensi yang digunakan maka proses pemindahan data dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
Spektrum ini secara langsung berkaitan dengan:
- Panjang gelombang didarabkan dengan frekuensi ialah kelajuan cahaya: 300 Mm/s, iaitu 300 MmHz
- Tenaga dari foton adalah 4.1 feV per Hz, yaitu 4.1μeV/GHz
- Panjang gelombang didarabkan dengan tenaga per foton adalah 1.24 μeVm
Julat
Gelombang elektromagnet dijelaskan melalui tiga ciri-ciri fizikal: frekuensi f, panjang gelombang λ, atau tenaga foton E. Frekuensi yang digunakan dalam astronomi berjulat daripada 7023239999999999999♠2.4×1023 Hz (sinar gamma 1 GeV) kepada frekuensi plasma tempatan medium angakasa lepas terion (~1 kHz). Pamjang gelombang berkadar songsang dengan frekuensinya,[1] jadi sinar gama mempunyai panjang gelombang yang sangat pendek, dalam lingkungan sebahagian saiz atom, mankala panjang gelombang pada hujung berlawanan spektrum boleh menjadi sepanjang alam semesta. Tenaga Foton berkadar langsung dengan frekuensi gelombang. Oleh itu, foton sinar gama mempunyai tenaga yang paling tinggi (dalam satu billion elektronvolt), manakala foton sinar radio mempunyai tenaga yang sangat rendah (dalam satu femtoelektronvolt). Hubungan ini ditunjukkan oleh persamaan berikut: iaitu:
- c = 7008299792458000000♠299792458 m/s ialah kelajuan cahaya dalam vakum
- h = 6966662607015000000♠6.62607015×10−34 J·s = 6985413566733000000♠4.13566733(10)×10−15 eV·s ialah pemalar planck.[2]
Jadual Spektrum
Lihat Juga
• Frekuensi Radio
• Gelombang
• Sinaran pengion
Rujukan