Gaya pemahaman dan pembicaraan kata serta karya penulisan unik beliau dalam pelbagai buku dan majalah menjadi beliau sangat dikenali, baik dalam pujian mahupun kritikan sehingga banyak kontroversi. Malah, beliau diikuti dekat segelintir masyarakat sehingga mendapatkan pengaruhnya sendiri di luar bidangnya.[4][5][6][7][8] Majalah Foreign Policy meletakkan Žižek dalam senarai 100 pemikir terhebat mereka pada tahun 2012 sehingga menjolok beliau seorang "selebriti",[9] malah ada yang menggelarnya "filsuf paling berbahaya dunia Barat".[10]
Awal hidup
Slavoj lahir di Ljubljana, SR Slovenia, Yugoslavia dalam suatu keluarga warga kelas pertengahan.[11] Bapanya, Jože Žižek merupakan seirang ahli ekonomi dan pegawai pemerintah kelahiran Prekmurje mankala ibunya Vesna merupakan seorang kelahiran Gorizia yang bekerja sebagai akauntan di suatu firma pemerintah.
Sepanjang dasawarsa tahun 1980-an, Žižek menyunting dan menterjemah karya-karya Jacques Lacan, Sigmund Freud dan Louis Althusser;[13] karya Lacan terutamanya mempengaruhi beliau dalam memahami dan mentakrif falsafah Hegel dan Marx.
Keterlibatan dalam politik
Pada lewat tahun 1980an, Žižek mula dikenali ramai melalui penulisannya dalam majalah Mladina, di mana kolumnya mengkritik kuat dasar-dasar yang diamalkan Josip Tito dalam memerintah Yugoslavia, terutamanya dalam aspek keterangkuman kegiatan tentera dalam lingkungan masyarakat penduduk
negara tersebut.
Beliau menganggotai Parti Komunis Slovenia sehingga bulan Oktober 1988 berikutan perbicaraan JBTZ di mana beliau meletakkan jawatan bersama-sama 32 intelektual dalam negara tersebut.[14] Beliau turut terlibat dalam pergerakan sosial yang memperjuangkan pendemokrasian negara tersebut antara tahun 1988 dan 1990.[15] Beliau pernah bertanding dalam pilihan raya presiden Slovenia tahun 1990 mewakili Parti Demokrasi Liberal Slovenia.
Beliau dalam wawancara tahun 2008 dengan Amy Goodman dalam siaran radio Democracy Now! menjabarkan dirinya sebagai "komunis dalam pengertian yang kompeten" dan dalam penampilan lainnya pada Oktober 2009, beliau menjabarkan dirinya sebagai "kiriradikal".[16][17]
Karya terpilih
Buku
2002 Welcome to the Desert of the Real, London: Verso.
2003 Organs Without Bodies, London: Routledge.
2007 - Terrorism and Communism, London: Verso (penulisan terpilih Leon Trotsky dengan prakata oleh Žižek)
2012 - The Year of Dreaming Dangerously, London: Verso [18]
Rencana / artikel
Filemografi
1996 - Liebe Dein Symptom wie Dich selbst!
2004 - The Reality of the Virtual (sebagai penulis skrip)
2005 - Zizek! (dokumentari mengenai beliau, sebagai tokoh diwawancara)
2006 - The Pervert's Guide to Cinema (sebagai penulis lakon layar dan pengacara)
2012 - The Pervert's Guide to Ideology (sebagai penulis lakon layar dan pengacara)
^Bostjan Nedoh (ed.), Lacan and Deleuze: A Disjunctive Synthesis, Edinburgh University Press, 2016, p. 193: "Žižek is convinced that post-Hegelian psychoanalytic drive theory is both compatible with and even integral to a Hegelianism reinvented for the twenty-first century."
^"The FP Top 100 Global Thinkers". Foreign Policy. 26 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 November 2012. Dicapai pada 28 November 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)