Skurvi

Saratan[1] (bahasa Inggeris: scurvy, dimelayukan juga sebagai skurvi) adalah penyakit disebabkan kekurangan zat vitamin C (asid askorbik).[2] Gejala awal ini termasuk kelemahan, merasa letih dan sakit lengan dan kaki[2][3] sebelum ia boleh bertambah teruk dengan kemungkinan tinggi menurunnya bilangan sel darah merah, penyakit gusi, perubahan pada rambut, dan pendarahan dari kulit.[2][4] Kesan sampingan boleh juga diburukkan dengan luka yang lambat sembuh, perubahan sikap, dan akhirnya kematian akibat jangkitan atau pendarahan.[3] Penyakit ini diamati jarang berlaku jika dibandingkan dengan penyakit kekurangan nutrien lain.[3] Ia berlaku lebih kerap di negara negara-negara membangun berkaitan dengan kekurangan zat makanan;[3] kadar dalam kalangan pelarian turut dilaporkan pada kadar 5 hingga 45 peratus.[5]

Penyakit saratan merupakan ancaman kesihatan utama terhadap para pelaut sehingga sebanyak 50 peratus pelaut yang dijangka menjadi mangsa dalam perjalanan utama semasa Zaman Pelayaran.[6][7] Para pelayar Cina seawal zaman kerajaan Song sering memakan tauge yang ditumbuh di kapal-kapal sendiri untuk mengelakkan terkena sakit saratan, malah turut mengajarkan manfaat ini kepada para pelayar Melayu.[8] Seorang pakar bedah Tentera Laut Diraja, James Lind, mengubah keadaan dengan ujikaji yang membuktikan bahawa penyakit saratan dapat dirawat dengan baik dengan buah sitrus pada tahun 1753.[9] Walaupun begitu, cadangan ini tidak dilaksanakan dengan berkesannya sehingga tahun 1795 di mana pihak Tentera Laut Diraja diyakinkan membekalkan jus limau memenuhi keperluan para kelasi.[6][9]

Rujukan

  1. ^ Freese, John Henry (1914). A Malay Manual with Grammar, Reading Exercises, and Vocabularies. K. Paul, Trench, Trubner & Company, Limited. m/s. 107.
  2. ^ a b c "Scurvy". GARD. 1 September 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2017. Dicapai pada 26 September 2016.
  3. ^ a b c d Agarwal, A; Shaharyar, A; Kumar, A; Bhat, MS; Mishra, M (June 2015). "Scurvy in pediatric age group - A disease often forgotten?". Journal of Clinical Orthopaedics and Trauma. 6 (2): 101–7. doi:10.1016/j.jcot.2014.12.003. PMC 4411344. PMID 25983516.
  4. ^ "Vitamin C". Office of Dietary Supplements (dalam bahasa Inggeris). 11 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2017. Dicapai pada 18 July 2017.
  5. ^ Renzaho, Andre M. N. (2016). Globalisation, Migration and Health: Challenges and Opportunities (dalam bahasa Inggeris). World Scientific. m/s. 94. ISBN 978-1-78326-889-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  6. ^ a b Price, Catherine (2017). "The Age of Scurvy". Distillations. Jil. 3 no. 2. m/s. 12–23. Dicapai pada April 17, 2018.
  7. ^ Toler, Pamela D. (2012). Mankind: The Story of All of Us (dalam bahasa Inggeris). Running Press. m/s. 296. ISBN 978-0762447176. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  8. ^ Torck, Mathieu (2005). "Maritime Travel and the Question of Provisions and Scurvy in a Chinese Context". East Asian Science, Technology, and Medicine (23): 64–5. ISSN 1562-918X.
  9. ^ a b Hemilä, Harri (29 May 2012). "A Brief History of Vitamin C and its Deficiency, Scurvy". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2014. Dicapai pada 25 May 2014.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!