Sitrulina ialah sebatian organik asid α-amino.[2] Namanya berasal daripada citrullus, perkataan Latin bagi tembikai. Walaupun dinamakan dan dihuraikan oleh pakar gastroenterologi sejak akhir abad ke-19, ia pertama kali diasingkan daripada tembikai pada tahun 1914 oleh penyelidik Jepun, Yotaro Koga dan Ryo Odake,[3][note 1] dan dikaji lebih lanjut oleh Mitsunori Wada dari Universiti Imperial Tokyo pada 1930.[4]
Ia memiliki formula kimia H2NC(O)NH(CH2)3CH(NH2)CO2H. Ia merupakan molekul perantara utama dalam kitaran urea, laluan di mana mamalia mengeluarkan ammonia dengan menukarkannya kepada urea. Sitrulina juga dihasilkan sebagai hasil sampingan daripada enzim pengeluaran nitrik oksida daripada asid amino arginina, dimangkinkan oleh nitrik oksida sintase.ref>"Nos2 - Nitric Oxide Synthase". Uniprot.org. Uniprot Consortium. Dicapai pada 10 February 2015.</ref>
Sitrulina diperbuat daripada ornitina dan karbamoil fosfat dalam salah satu tindak balas pusat dalam kitaran urea. Ia juga dihasilkan daripada arginina sebagai hasil sampingan tindak balas yang dimangkin oleh keluarga NOS(NOS; EC 1.14.13.39).[5] Ia juga banyak wujud dalam trikohialin, yakni di kawasan akar dalam dan medula folikel rambut, di mana ia dihasilkan daripada arginina.[6]Arginina mula-mula dioksidakan menjadi N-hidroksil-arginina, dan kemudiannya dioksidakan lagi kepada sitrulina seiring dengan pembebasan nitrik oksida.
Sitrulina ialah molekul perantaraan metabolik dalam kitaran urea, laluan di mana mamalia mengeluarkan ammonia dengan menukarkannya kepada urea. Sitrulina juga dihasilkan sebagai hasil sampingan penghasilan enzim oksida nitrik daripada arginina, dan dimangkinkan oleh nitrik oksida sintase. Dalam spesies yis Saccharomyces cerevisiae, sitrulina ialah perantara metabolisme dalam bahagian sitosol akhir laluan biosintesis arginina.[8]
Beberapa protein mengandungi sitrulina hasil daripada pengubahsuaian pascaterjemahan. Sisa sitrulina ini dihasilkan oleh keluarga enzim yang dipanggil peptidilarginina deiminase (PAD) yang menukarkan arginina kepada sitrulina dalam proses yang dipanggil pensitrulinaan atau penyahiminaan dengan bantuan ion kalsium. Protein yang biasanya mengandungi sisa sitrulina termasuk protein asas mielin (MBP), filagrin dan beberapa protein histon, manakala protein lain seperti fibrin dan vimentin terdedah kepada sitrulina semasa kematian sel dan keradangan tisu.
^Rujukan awal mengeja nama Ryo Odake sebagai Ryo Othake.
Rujukan
^"Citrulline - Compound Summary". PubChem Compound. USA: National Center for Biotechnology Information. 16 September 2004. Identification. Dicapai pada 1 May 2012.
^Rogers, G. E.; Rothnagel, J. A. (1983). "A sensitive assay for the enzyme activity in hair follicles and epidermis that catalyses the peptidyl-arginine-citrulline post-translational modification". Current Problems in Dermatology. 11: 171–184. doi:10.1159/000408673. ISBN978-3-8055-3752-0. PMID6653155.