Siracusa (disebut [siraˈku(ː)za; si.ra.ku.za], nama bahasa Inggeris: Syracuse) adalah sebuah bandar bersejarah di selatan Itali, ibu kota bagi wilayah Siracusa. Bandar ini terkenal kerana kaya dengan sejarah, budaya, ampiteater, senibina Yunani, dan juga sebagai tempat lahir Archimedes. Bandar berumur 2,700 tahun ini memainkan peranan penting semasa zaman kuno, apabila ia menjadi sebuah kuasa besar di dunia Mediterranean.
Kota ini terletak di penjuru tenggara kepulauan Sicilia iaitu di kanan Teluk Siracusa bersebelahan Laut Ionia.
Rujukan
Pautan luas
Media berkenaan Siracusa di Wikimedia Commons
Templat:Province of Syracuse
Templat:World Heritage Sites in Italy