Sidney Sheldon11 Februari1917 - 30 Januari2007), lahir dengan nama Sidney Schechtel, ialah seorang penulis skrip filem serta pengarang novelAmerika Syarikat yang telah menghasilkan banyak novel kedudukan pertama dalam senarai buku laris New York Times. Beberapa novelnya juga telah dipadankan untuk filem dan siri mini televisyen.
Dilahirkan di Chicago, Illinois kepada ayahanda YahudiJerman dan ibunda Yahudi Rusia, kerjaya Sheldon bermula pada tahun 1937 di Hollywood, California sewaktu beliau bertugas sebagai pengulas skrip serta membantu dalam pengarangan skrip untuk filem jenis B.
Selepas menjadi askar semasa Perang Dunia II, Sheldon kembali ke kehidupan awam dan bermula menggubah muzik untuk teater Broadway sewaktu mengarang skrip filem untuk MGM Studios dan Paramount Pictures. Sepanjang kerjayanya, Sheldon mengarang untuk televisyen, filem serta pementasan, dan pernah memenangi:
Anugerah Akademi bagi Pengarangan Skrip Filem Asli (1947) untuk karyanya, "Bujang dan Anak Remaja Perempuan" (The Bachelor and the Bobby-Soxer);
Pada tahun 1968, Sheldon mengarang novel sulungnya, "Muka Terang-terangan" (The Naked Face) yang memenangi "Novel Sulung Yang Terbaik" bagi Anugerah Edgar Allan Poe daripada Pengarang-pengarang Misteri Amerika. Novelnya yang berikut, Di Sebelah Tengah Malam yang Lain (The Other Side of Midnight) mencapai kedudukan pertama dalam senarai buku laris New York Times beserta novel-novel yang kemudian.
Sheldon berjuang dengan penyakit gangguan dwikutub selama banyak tahun dan hampir-hampir membunuh diri sewaktu berumur 17.