"Shuk (pelawak)" dilencongkan di sini.
Shuk Sahar |
---|
|
Kelahiran | Mohamad Shukri bin Mohamed Sahar (1986-03-20) 20 Mac 1986 (umur 38)
|
---|
Nama lain | Shuk SYJ, Shuk Balas |
---|
Pekerjaan | Pelawak, pengacara, pelakon, penyampai radio |
---|
Tahun aktif | 2011–2024 (pengunduran selama tak terbatas dalam dunia hiburan) |
---|
Majikan |
|
---|
Pasangan | Rossalennah Natassyiah Asshaferah (k. 2015; c. 2023) Fara Salleh (k. 2023) |
---|
Anak-anak | 2 |
---|
Mohamad Shukri Mohamed Sahar (Jawi: محمد سهوكري محمد سهر; lahir 20 Mac 1986) atau lebih dikenali sebagai Shuk Sahar ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon dan penyampai radio Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja Lawak Musim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau juga bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut.
Kehidupan peribadi
Shuk menyertai program kenyataan televisyen lawak Raja Lawak musim ke-5 bersama rakan baiknya, Fendi melalui kumpulan Balas. Kumpulan Balas sering dikritik kerana mempersembahkan lawak lucah minggu demi minggu. Pada malam peringkat akhir kumpulan Balas tewas di tangan Man.
Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.[1]
Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang diberi nama Nur Qurratu Ain (dibaca) pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh. [2]
Kontroversi
Krisis rumah tangga Shuk
Berikutan krisis rumah tangga dan kecurangan oleh Shuk, pengurusan radio milik Media Prima membuat keputusan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM.[3] Dalam kenyataan dikeluarkan, memberitahu penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio stesen itu adalah bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu membabitkannya yang kini tular di media sosial.[4]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
2014
|
Rombongan Cik Kiah ke Kelana Jaya
|
|
Astro First Eksklusif
|
Ya Habibi
|
|
|
2016
|
Joras Van Haji Murshid
|
Shoid
|
Astro Warna
|
2017
|
Katakan Tidak Pada Cinta
|
|
|
2019
|
Cikgu Gangster
|
|
TV1
|
Televisyen
Peserta
Siniar
Tahun
|
Tajuk
|
Saluran/Aplikasi Siniar
|
Catatan
|
2024 – Jun 2024
|
OKLETSGO
|
Siniar Ok Lets Go (Singapura)
|
bersama Dzar Ismail, Dym Norahim & Raja Razie
|
2024
|
Dols Podcast
|
Siniar Dols Podcast (Malaysia)
|
bersama Shuib, Mamat Sepah & Fizie Roslan
|
Kerjaya
Sejak akhir tahun 2022, Shuk Sahar belum lagi mendapat sebarang tawaran lakonan atau pengacaraan. Beberapa penggambaran yang diterimanya telah dibatalkan oleh beberapa stesen TV tanpa sebarang penjelasan. Kemungkinan masalah ini berlaku kerana masalah rumahtangganya yang berlaku sebelum ini. Sehingga artikel ini ditulis pada bulan Mei 2023, Shuk tidak muncul lagi di kaca TV, dan beliau dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan.
Radiografi
Radio
Tahun
|
Tajuk
|
Stesen
|
9 Januari 2017 – 25 Januari 2021
|
Geng Pagi Hot
|
Hot FM
|
Pencapaian
Anugerah dan pencalonan
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Musim | |
---|
Pengacara | |
---|
Pengkritik | |
---|
Juara | |
---|
Naib Juara | |
---|
Alumni terkenal | |
---|
Rencana berkaitan | |
---|