Sharisa Haris (lahir 15 Mei) ialah seorang usahawan, duta, pelakon, pengacara TV, model dan penulis skrip Malaysia.
Kerjaya
Lakonan
Sharisa Haris memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011. Ketika itu beliau berlakon secara bebas dimana beliau sering ditawarkan untuk memerankan watak-watak kecil dalam drama-drama tempatan. Pada 2014, beliau akhirnya mulai serius dalam bidang lakonan lalu beliau mengikat kontrak bersama syarikat Metrowealth. Sejak itu nama dan wajah beliau sering menghiasi lebih dari 100 drama-drama televisyen dan membintangi beberapa buah filem.
Usahawan #No.1 Chinese Muslim Restaurant in Tampin
Selain berlakon, beliau juga merupakan seorang usahawan. Beliau kini menguruskan restoran, syarikat katering dan pengurus acara milik keluarga MAMA NOR TAMPIN, yang dahulunya dikenali sebagai Mama Nor Yong Tau Foo yang dibuka di negeri kelahirannya, Tampin, Negeri Sembilan.
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Judul
|
Watak
|
Saluran TV
|
2011
|
Manipulasi
|
Suzi
|
RTM
|
Ku Sangkakan Siang, Rupanya Malam
|
Janna
|
Haruskah Ada Rindu
|
Ika
|
Ah Loon Oi
|
Sally
|
Selumbar Kasih
|
Shuhada
|
TV9
|
2012
|
Perempuan Tanpa Rahim
|
Pauline
|
TV3
|
Izinkanku
|
Delinda
|
RTM
|
Suara Takbir
|
|
Astro Oasis
|
2013
|
Kalam Ariff
|
Nabila
|
HyppTV
|
2014
|
Gegurl Propa
|
Sofie
|
Temukan Aku Pada Ramadhan
|
Mardhiyah
|
RTM
|
Bini-Biniku Gong Xi
|
Suzi
|
TV3
|
Matahari Terbit Lagi
|
Alina
|
TV Al-Hijrah
|
2015
|
Olin dan Ecan
|
|
RTM
|
Hidupku Solatku Matiku
|
Aza
|
Astro Oasis
|
Hantu Raya Tumpang Beraya
|
Anis
|
Astro Ria
|
2016
|
Ku Haramkan Susu Itu
|
|
Kontroversi
Pada Mac 2014, Sharisa Haris telah membuat laporan polis di Balai Polis Petaling berkenan seorang individu yang merupakan bekas pembantu jurusolek dan penjaga wardrobe disebuah produksi yang didakwa telah membuat akaun palsu Facebook dengan mengunakan nama dan data peribadinya untuk menipu orang ramai bagi tujuan kepentingan dirinya sendiri. Individu tersebut didakwa telah menipu orang ramai dengan menjual barangan pakai bayi dan kononnya turut menawarkan urusan jual beli bayi kepada orang ramai untuk diserahkan sebagai anak angkat. Laporan polis tersebut dibuat disebabkan Sharisa ingin membersihkan namanya yang telah disalahgunakan individu tsrsebut. Ini kerana menurut beliau kes itu sekaligus telah menjejaskan nama baik dan reputasi beliau sebagai pelakon berikutan ada beberapa peminat mengecam dan mencaci beliau disebabkan rasa tertipu.
[1]
Pencapaian
- 2023 - Ikon Usahawan Negeri Sembilan Darul Khusus - Perusahaan Makanan dan Masakan Cina Muslim oleh YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam Exco Kerajaan N.Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Perubahan Iklim, Sumber Manusia, Koperasi dan Kepenggunaan
- 2018 - Duta Malaysia Rainforest Challenge (RFC Global Series) sehingga kini
- 2016 - Champion SHEMUD 2016 Negeri Sembilan, Malaysia - The International 4x4 Women Challenge
- 2016 - The only lady driver participated in the SAPPES 4x4 GYMPO The Offroad Challenge, Sri Lanka
- 2015 - Tough Girl Award SHEMUD 2015 Johor, Malaysia - The International 4x4 Women Challenge
- 2015 - Top 5 Kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2014 - Matahari Terbit Lagi
Rujukan
Pautan luar