Shane Pow (Cina ringkas: 包勛評code: zh is deprecated ; pinyin: Bāo xūn píng, dilahirkan pada 4 Oktober 1990) ialah seorang pelakon Singapura yang diuruskan oleh kumpulan BEAM.[1]
Shane Pow
Ketinggian
178 cm (5 ka 10 in)
Karier
Shane ialah bakat baru yang dicari oleh sebuah agensi keperagawanan, dia memulakan penggambaran fotografi seperti Kempen “Get Your Sexy Back” bagi menggalakkan minuman bertanggungjawab. Pada 2011, Shane mengejar impiannya dan menyertai pertandingan Manhunt Singapore 2011. Selepas ManHunt, Shane memperoleh watak dalam banyak drama tempatan. Kerja kerasnya terbayar apabila dia ditawarkan untuk menandatangani dengan MediaCorp sebagai artisnya. Watak kejayaannya datang pada 2012 sebagai B Niu (B牛) dalam drama tempatan It Takes Two. Dia juga dicalonkan untuk Pendatang Baru Terbaik dalam Star Awards 2013.[2] Dia perlahan-lahan menjulang kemasyhuran dan memperoleh watak-watak yang lebih signifikan dalam drama-drama seperti Love At Risk, Served Hot dan The Recruit diaries. Pada 2014, Shane berjinak-jinak dengan pengacaraan, dengan mengacara Cheap and Good dan juga Style Check-in 4.
Kehidupan peribadi
Shane mempunyai seorang kakak. He mendapat pendidikan di Woodlands Ring Secondary School dan Ngee Ann Polytechnic. Shane ialah seorang ahli sukan yang bersemangat dan pernah mewakili pasukan bola keranjang pemuda kebangsaan Singapura dalam pertandingan antarabangsa sebelum kecederaan yang tidak diduga memaksanya berhenti bertanding. Dia juga penyampai sambilan bagi segmen sukan SPH Razortv, “Livewire”. Livewire membuat liputan tentang semua acara sukan yang berkaitan dengan institusi-institusi pengajian tinggi seperti pasukan sorak, bola tampar dan bot naga. Selain mengendalikan temuramah dengan peserta sukan, dia juga diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sukan bersama pasukan-pasukan dari pelbagai institusi pengajian tinggi.
Kontroversi
Pada September 2016, Pow, yang tampil berwajah hitam di TV setelah pengarah pembintangi gagal menemui seorang yang berketurunan Afrika bagi satu watak dalam siri drama I Want To Be A Star. Bapa watak Pow dalam siri itu, yang dipegang oleh pelakon veteran Chew Chor Meng, mengatakan orang India dan orang Afrika "semuanya sama belaka". Pada bulan berikutnya, episod itu ditarik balik daripada perkhidmatan streaming dalam talian Mediacorp, Toggle ekoran bantahan orang ramai di media sosial kerana bersifat perkauman.[3]