Shahab Uddin Muhammad Shah Jahan I (gelaran penuh: Al-Sultan al-'Azam wal Khaqan al-Mukarram, Abu'l-Muzaffar Shihab ud-din Muhammad, Sahib-i-Qiran-i-Sani, Shah Jahan I Padshah Ghazi Zillu'llah [Firdaus-Ashiyani Shahanshah-E-Sultanant Ul Hindiya Wal Mughaliya Emperor of India) (juga dikenali sebagai Shah Jehan, Shahjehan, Urdu: شاه جہاں, bahasa Parsi: شاه جهان (5 Januari 1592 – 22 Januari 1666) merupakan sultan Empayar Mughal pada India dari 1628 sehingga 1658. Nama Shah Jahan berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud " pemerintah dunia." Baginda merupakan pemerintah kerajaan Mughal yang kelima selepas Babur, Humayun, Akbar, and Jahangir. Semasa muda, beliau telah menjadi budak kesukaan datuknya iaitu Akbar Yang Agung. Baginda juga dikenali sebagai Shah Jahan Yang Hebat.
Pemerintahan
Shah Jahan menaiki takhta kerajaan Moghul selepas kemangkatan ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan empayarnya. Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan kerajaan Ahmednagar (1636), kehilangan wilayah Kandahar kepada Empayar Parsi (1653), dan perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah Jehan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada saat-saat menjelang kematiannya pada tahun 1666, Empayar Mughal telah berkembang seluas 750,000,000 ekar (3,000,000 km2).
Perkahwinan
Pada tahun 1607 M. (1025 H.), Khurram telah berkahwin dengan Arjumand Banu Begum, iaitu cucu kepada seorang bangsawan Parsi yang berusia 14 tahun ketika itu. Selepas perkahwinan, Shah Jahan telah memberikan gelaran "Mumtaz Mahal" (Mutiara Istana) kepada isterinya.
Mumtaz Mahal mempunyai 14 orang anak. Beliau selalu mengiringi Shah Jahan ke medan perang. Mumtaz Mahal meninggal dunia pada tahun 1631 M. ketika melahirkan anaknya yang ke 14.
Jasa
Shah Jahan merupakan seorang penaung kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal. Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen. Antaranya ialah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal (nama lahir Arjumand Banu Begum). Bangunan-bangunan lain juga dibina di Tembok Merah (Qila Mubarak) at Agra seperti Masjid Mutiara, reka bentuk yang lengkap Delhi Tua (Shahjahanabad), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan). [2]
^Mahajan, Vidya Dhar (1970). Muslim Rule In India. m/s. 286. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
Rujukan
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)
Asher, Catherine Ella Blanshard. The New Cambridge History of India, Vol I:4 - Architecture of Mughal India(Hardback)|format= requires |url= (bantuan) (ed. First published 1992, reprinted 2001,2003). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 368. ISBN0-521-26728-5. Unknown parameter |origdate= ignored (|orig-year= suggested) (bantuan)