Shah Iskandar |
---|
|
Kelahiran | Shah Iskandar bin Mahfuz (1982-05-01) 1 Mei 1982 (umur 42)
|
---|
Pusat pendidikan | Politeknik Ngee Ann |
---|
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara, guru |
---|
Tahun aktif | 2006–kini |
---|
Pasangan | Siti Sarah Mohd Noor (k. 2016) |
---|
Anak-anak | 1 |
---|
Shah Iskandar bin Mahfuz (Jawi: شه إسكندر محفوظ; lahir 1 Mei 1982) merupakan seorang pelakon Singapura yang berlakon dan menetap di Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan drama lakonannya termasuk Gerak Khas, Nora Elena dan Jika Itu Takdirku. Selain itu, beliau juga pernah menjadi seorang guru kanak-kanak khas.[3]
Kerjaya
Shah Iskandar mula berkecimpung dalam seni lakonan pada 2006 ketika menuntut dalam bidang perfileman di Politeknik Ngee Ann.[3] Beliau menyertai pertandingan realiti Anugerah Skrin Singapura dan muncul pemenang tempat ketiga. Yusof Haslam, salah seorang juri pertandingan itu menawarkan beliau berlakon selepas tamat pertandingan itu, namun beliau menolak kerana memberi tumpuan pada pelajaran.[3]
Selepas tamat belajar di Politeknik Ngee Ann, beliau terlebih dahulu menerima tawaran mengacara sebelum menjadi pelakon.[3] Beliau pernah berkhidmat dalam tempoh singkat sebagai seorang guru di Rainbow Centre, sebuah sekolah khas untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit autisme.[3] Bagaimanapun, khidmatnya sebagai guru hanya selama setahun apabila Shah mengambil keputusan menerima pelawaan Yusof yang kembali menawarkannya berlakon pada 2009.[3]
Beliau memegang watak sebagai Inspektor Hisham, anak kepada Sub Insp. Hashim lakonan A. Galak dalam Gerak Khas.[3] Bagaimanapun, wataknya hanya bertahan selama dua tahun apabila Gerak Khas direhatkan sementara pada 2011. Pada tahun yang sama, beliau muncul sebagai pelakon undangan dalam filem seram Khurafat: Perjanjian Syaitan lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay, seterusnya muncul bersama Aaron Aziz, Siti Saleha dan Zul Ariffin dalam drama waktu perdana slot Akasia TV3, Nora Elena.
Tiga tahun kemudian, Shah berlakon bersama Intan Ladyana dalam drama Jika Itu Takdirku, memegang watak sebagai Hakimi Ehsan. Beliau telah memenangi anugerah Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian sebanyak dua kali berturut-turut, menjadikan beliau pelakon Singapura kedua yang memenangi anugerah itu selepas Aaron Aziz.[4]
Shah memegang watak Syafiq dalam Jodoh-Jodoh Annisa, dibintangi oleh Izara Aishah, Aaron Aziz dan Amar Baharin. Ia menjadi satu-satunya drama lakonan beliau dalam tahun 2019.
Beliau merupakan salah seorang daripada lima pelakon utama drama Saga 2.0 di Mediacorp Suria dengan memegang watak sebagai Farouk. Selain beliau, ia turut dibintangi oleh Jeff Catz, Imam Shah, Hasnul Rahmat dan Hannah Delisha.[5]
Kehidupan peribadi
Shah Iskandar lahir dan membesar di Woodlands, Singapura.[3] Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Siti Sarah binti Mohd Noor pada 16 Januari 2016.[6][7]
Pada 19 Mei 2020, beliau mengumumkan kehamilan isterinya dan bakal bergelar bapa selepas 4 tahun berumah tangga.[8] Pada 10 Oktober 2020, Shah Iskandar dan Siti Sarah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Zulkarnaen.[9]
Filemografi
Filem
Drama
Telefilem
Tahun
|
Tajuk
|
Watak
|
Saluran TV
|
2009
|
Serpihan Laungan Takbir
|
Engku Firdaus
|
TV2
|
2011
|
Takbur Seorang Isteri
|
Erry
|
TV9
|
Hijrah Karmila
|
Ashraff
|
2012
|
Driver MD
|
Rafiq
|
Astro Prima
|
Landasan Cinta
|
Raja Ahmad Tajuddin
|
TV3
|
Lorong Cahaya
|
Nuh
|
Anak Ikan
|
Syed
|
Astro Prima
|
2015
|
Nasi Dagang Lembu Korban
|
Muiz
|
TV AlHijrah
|
Bintang Hati
|
Haris
|
TV2
|
Sopeah Jin
|
Sabaruddin
|
TV3
|
Pengantin Lari
|
Arman
|
2016
|
Lara Hadi
|
|
TV2
|
Mengintai Syurga Mama
|
Doktor
|
3 Hari 7 Likur
|
Hidayat
|
TV1
|
2017
|
Plan B
|
Shahriman
|
Detik Berputar
|
Imran
|
13 Tiang Cinta
|
TV Okey
|
2019
|
Kubur Perajurit Tidak Bernama
|
Zain
|
2022
|
Satu Tong
|
Karim
|
Gemilang TV & Astro Prima
|
Kompas Cinta
|
Zubir
|
TV Okey
|
Televisyen
Video Klip
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Skrin 2006 (Singapura) - Tempat Ketiga (Kategori Lelaki)
Rujukan
Pautan luar
|
---|
1992–2002 | |
---|
2003–04 | |
---|
2005–kini | |
---|