Serie A 2015-16 (atau dikenali sebagai TIM (penaja) Serie A) merupakan musim Serie A ke-84 sejak penubuhannya. Kelab Juventus merupakan juara bertahan. Kempen liga ini bermula pada 22 Ogos 2015 dan tamat pada 15 Mei 2016.
Pada 25 April 2016, Juventus berjaya mempertahankan gelaran juara selepas dinobatkan juara pada musim ini buat kali kelima berturut-turut apabila pasukan tangga kedua, Napoli tewas kepada Roma, lalu memberi laluan kepada Juventus dengan 12 mata mendahului Napoli.
Reviu
Pada 28 April 2015 Carpi memperoleh kenaikan pertamanya ke Serie A selepas melakukan debut di Serie B pada tahun sebelumnya sekali gus menjadikannya sebagai kelab ke-64 bertanding di Serie A sejak penubuhannya pada musim 1929–30. Pada 16 Mei, Frosinone juga memperoleh kenaikan bersejarah ke Serie A lalu menjadikannya kelab ke-65 beraksi di Serie A. Pada 9 Jun 2015, Bologna memenangi pusingan play-off Serie B dan kembali semula ke Serie A selepas hanya setahun di Serie B.
Musim ini menyaksikan musim pertama melaksanakan teknologi garisan gol selepas dirungut oleh beberapa pengurus pasukan yang membabitkan mana-mana gol di atas garisan baru-baru ini.
Pada 20 Mac 2016, Gianluigi Buffon memecahkan rekod dipegang Sebastiano Rossi (929 minit) yang mengekalkan gawang gol tidak dibolosi selama 974 minit.
Pada 14 Mei, Gonzalo Higuaín leburkan rekod Gunnar Nordahl sebagai penjaring terbanyak bagi gol tertinggi di Serie A dalam satu musim dan kini beliau seri dengan rekod Gino Rossetti pada musim 1928–29 dengan menjaringkan 36 gol dan memperoleh anugerah Capocannoniere.
Tiga ikon Serie A juga mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini. Kapten Verona, Luca Toni yang menjaringkan 157 gol sepanjang 324 penampilan liganya dan dua kali dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga bersara pada penghujung musim ini. Selain itu, pemain pertahanan kiri, Gianpaolo Bellini yang menghabiskan kariernya di Atalanta telah membuat 435 kemunculan untuk kelab turut berbuat demikian. Kedua-dua pemain ini juga menjaringkan gol pada perlawanan terakhir mereka. Toni menjaringkan gol ketika menang 2-1 ke atas Juventus manakala Bellini mencatat gol pada perlawanan terikat seri 1-1 bertemu Udinese. Pada 14 Mei 2016, Christian Abbiati bermain pada saat perlawanan terakhirnya untuk Milan ketika menentang Roma di San Siro namun, beliau tidak bermain sehingga wisel penamat ditiupkan. Dengan itu, Abbiati telah melakukan 281 kemunculan untuk Milan.
Sumber: Serie A, Soccerway Peraturan untuk klasifikasi: 1) Mata; 2) Mata "head-to-head"; 3) Perbezaan gol "head-to-head"; 4) Perbezaan gol; 5) Bilangan gol dijaringkan; 6) Bilangan seri. (J) Juara; (T) Layak, tetapi belum ke fasa tertentu yang dinyatakan Nota:
Sehingga perlawanan pada 15 May 2016 Sumber: Serie A 1Tuan rumah disenaraikan di sebelah kiri. Warna: Biru = tuan rumah menang; Putih = seri; Merah = tuan rumah kalah. Untuk perlawanan akan datang, a menandakan wujudnya rencana mengenai perlawanan itu.