Helikopter Black Hawk milik Tentera Darat A.S daripada Briged ke-2, Divisyen Udara ke-101 (Serangan Udara) bergerak memasuki Iraq semasa tempoh awal serangan pada tahun 2003
Serangan ke atas Iraq 2003 (20 Mac, 2003 - kini) merujuk kepada peperangan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Britain, Australia dan beberapa negara lain menyerang Iraq, bagi menamatkan pemerintahan Saddam Hussein.[15] Alasan utama yang memulakan perang adalah disebabkan kepercayaan Amerika Syarikat bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan tidak mengakui ada memilikinya.[16] Ramai berpendapat bahawa Abu Musab al-Zarqawi, seorang daripada pemimpin Al-Qaeda, telah bersembunyi di Iraq selepas serangan 11 September 2001.[17] Meskipun Saddam Hussein tidak terlibat di dalam rancangan serangan 11 September, kebanyakan orang telah menyalahkan beliau dengan memberi Al-Qaeda satu tempat selamat bagi menyembunyikan diri daripada Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun dakwaan ini tidak mempunyai asas sama sekali kerana sebilangan kecil anggota Al-Qaeda berpangkat rendah didapati bersembunyi di Iraq sebelum serangan.
War Report. More than 5,000 articles, documents and analyses of the Iraq and Afghanistan wars, updated four times a week -- Project on Defense Alternatives.