Serangan Mumbai November 2008 ialah satu siri serangan pengganas teratur yang berlaku di Mumbai, iaitu pusat kewangan dan bandar raya terbesar di India. Serangan bermula pada 26 November 2008 dan berakhir pada 29 November 2008 apabila pasukan keselamatan India melancarkan Operasi Black Tornado untuk mengawal semula semua tempat kejadian.[8] Sekurang-kurangnya 188 orang[4] terbunuh menakala sekurang-kurangnya 293 lagi cedera dalam kejadian.[9]
Pada awal pagi 28 November, kesemua tempat kejadian kecuali Taj Mahal Palace ditawan oleh polis dan pasukan keselamatan. Tindakan yang diambil Pengawal Keselamatan Negara pada 29 November menamatkan kejadian Taj Mahal Palace, sekaligus menamatkan segala pertempuran.[14]
Mula-mulanya, sebuah pertubuhan yang bergelar Deccan Mujahideen mengaku bertanggungjawab.[15] Tidak lama kemudian, Mohammad Ajmal Amir Kasab,Ralat petik: Parameter tidak sah dalam teg <ref> iaitu satu-satunya pengganas yang ditawan hidup-hidup, mendedahkan identiti penyerang sebagai ahli-ahli Lashkar-e-Taiba, iaitu pertubuhan militan di Pakistan yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh India, Amerika Syarikat, United Kingdom, dan lain-lain lagi.[16] Satu perbicaraan mahkamah pada 6 Mei 2010 menjatuhkan hukuman mati terhadap Ajmal Kasab atas lima dakwaan.
Serangan-serangan tersebut dikecam masyarakat dunia.[17]
Atribusi
Kerjasama dengan Pakistan
Pakistan pada awalnya menafikan rakyatnya bertanggungjawab terhadap serangan ini, sebaliknya menyalahkan dalang dari Bangladesh dan penjenayah India,[18] suatu dakwaan yang dinafikan India,[19] dan menyatakan mereka memerlukan maklumat daripada India dahulu, mengenai beberapa pengeboman lain.[20] Pihak berkuasa Pakistan akhirnya bersetuju pada 7 Januari 2009 yang para penyerang itu orang Pakistan,[21][22] dan membuka kes terhadap tiga rakyat Pakistan.[23]
Kerajaan India memberikan bukti kepada Pakistan dan kerajaan lain, dalam bentuk rekod soal siasat, senjata dan rakaman perbualan semasa serangan.[6] Sebagai tambahan, pegawai kerajaan India menyatakan yang serangan ini amat canggih dan para penyerang mesti mendapat bantuan daripada "agensi" Pakistani, suatu tuduhan yang dinafikan Pakistan.[24][22]
Pada Oktober 2010, satu laporan India dikeluarkan, meringkaskan risikan yang diperolehi daripada soal siasat India terhadap David Headley.[25] Ia mendakwa yang agensi perisikan Pakistan (ISI) tekah memberikan sokongan untuk serangan tersebut dengan menyediakan dana untuk misi peninjauan di Mumbai.[26] Laporan ini turut memuatkan dakwaan Headley bahawa ketua komander tentera Lashkar-e-Taiba Zaki-ur-Rahman Lakhvi, mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pengarah ISI.[nyatakan menurut siapa?][25] Dia mengatakan yang "setiap tindakan besar LeT dilakukan dengan koordinasi rapat ISI."[26]
Kematian
Sekurang-kurangnya 188 orang terbunuh[4], termasuk kira-kira 40 umat Islam dan warga-warga dari 10 negara.[27] Mangsa terkorban terdiri daripada 141 orang awam India, 17 anggota polis dan 30 warga asing, iaitu 4 warga Amerika, 4 warga Australia, 3 warga Jerman, 2 warga Israel-Amerika, 2 warga Israel, 2 orang Kanada, 2 warga Perancis, 1 warga Itali, 1 warga Britain, 1 warga belanda, 1 warga Jepun, 1 warga Jordan, 1 warga Malaysia, 1 warga Mauritius, 1 warga Mexico, 1 warga Singapura dan 1 warga Thailand.[28][29][30][31][32][33][34]
Selain itu, sembilan orang pengganas terbunuh sementara seorang lagi ditangkap.[35]
Kebanyakan mayat tebusan dan penyerang menampakkan kesan seksaan atau pencacatan.[36] Seorang pakar perubatan Mumbai yang mengkaji mayat-mayat tersebut berkata, "Nampaknya kebanyakan mereka yang terkorban telah diseksa" dan "Di kalangan semua mayat, mangsa Israellah yang paling banyak kesan seksaan."[36] Laporan yang sama mencatat bukti bahawa "kematian pengganas juga tidak kemas," memetik pakar tersebut: "Muka mereka [penyerang] sukar dikenal pasti lagi."[36] Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa angkatan komando India mengambil dasar menghapuskan musuh begitu sahaja setelah dianggap bahawa tiada lagi tebusan yang masih hidup.[36]
27 orang luar lain dari pelbagai negara tercedera dalam kejadian lalu dikejarkan ke Hospital Bombay. Sumber hospital menyatakan mereka terdiri dari warga Australia, AS, UK, Kanada, Jerman, Sepanyol, Norway, Finland, Oman, China, Jepun, Filipina dan Jordan.[33]
Tiga orang pegawai Chhatrapati Shivaji Terminus turut terbunuh dalam kejadian.[45][46]Kerajaan Maharashtra mengumumkan pampasan sebanyak Rs. 5 lakh (kira-kira AS$10,000) kepada sanak-saudara mangsa yang terkorban dan Rs. 50,000 (kira-kira AS$1,000) kepada yang cedera parah.[47]