Pada 12 Januari 2016, pukul 10:20 waktu tempatan, seorang pengebom berani mati telah meletupkan dirinya sendiri berhampiran dengan sekumpulan pelancong asing di Sultanahmet Square, berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmed.[2][3][4]Sebanyak sebelas orang dilaporkan terbunuh dan 15 yang lain cedera.[5]
Pengebom berani mati tersebut telah dikenal pasti sebagai Nabil Fadli, warga Arab Saudi[6] dan seorang ahli Negara Islam Iraq dan Syam.[7]
Mangsa
Seramai sebelas orang menjadi mangsa letupan; sepuluh daripada mereka pelancong warga Jerman [1][8] dan seorang lagi warga Peru.[9][10][11][12][13] Akhbar The Guardian melaporkan bahawa "pengeboman berlaku dekat dengan air pancut buatan Jerman bersebelahan dengan plaza di antara masjid-masjid Hagia Sophia dan Sultan Ahmet, Ghaith Abdul-Ahad."[14] Media berita melaporkan 15 orang mengalami kecederaan termasuk enam warga Jerman dan seorang masing-masing warga Norway, Peru dan Korea Selatan.[9]
Rujukan