Carta Era dikelolakan oleh Era FM dibawah seliaan penerbit Gerard Sebastian dan dikendalikan oleh penyampai Nana Mahazan[1]. Ia mula bersiaran setiap Ahad, jam 10 pagi. Ia menampilkan turutan carta 20 lagu-lagu popular yang dihitung daripada jumlah permintaan lagu oleh pendengar Era seluruh negara pada skala mingguan [2].
Pemilihan lagu paling popular dalam Carta Era adalah melalui pemilihan lagu oleh pendengar bagi segmen Muzik ERA yang ke udara setiap hari. Lagu yang paling banyak diminta pendengar akan berpeluang lebih untuk mengungguli carta secara mingguan.
Penarafan Radio
Sejak tahun 2000, Era berjaya mengekalkan kedudukan sebagai radio paling tinggi pendengar di Malaysia. Ini kerana kajian menunjukkan bermula suku kedua tahun 2000, Radio Era mula mengambil tempat sebagai radio nombor satu di Malaysia daripada Radio Muzik yang mengelola Carta Radio Muzik sebelum ini [3]. Mengambil kira faktor itu, lagu-lagu yang tersenarai dalam Carta Era bermula dari tahun 2000 boleh dianggap sebagai lagu paling popular di Malaysia .
Turutan Juara Carta Era
Berikut adalah turutan juara mingguan Carta Era bagi tahun 2005.
Latar belakang hijau menunjukkan lagu dengan prestasi terbaik pada tahun 2005.
Jilid
Tarikh
Lagu
Artis
Rujukan
■
1 Januari
Tiada carta mingguan untuk memberi laluan kepada program khas Carta Akhir Tahun Era 2004
Tahun 2005 menyaksikan hanya 12 buah lagu berjaya bergelar juara, jumlah paling kecil dibandingkan tahun-tahun lain. Rekod ini dipadamkan pada tahun 2019 apabila hanya 10 lagu menjuarai Carta RIM. Rekod terbaharu jumlah lagu juara paling kecil setakat ini dipegang oleh tahun 2020 dengan 9 buah lagu.
Rekod kejuaraan 14 minggu yang dicipta "Mungkin Nanti" (Peterpan) menyamai rekod yang sama dicipta Aishah menerusi lagu "Janji Manis Mu" di dalam Carta Pujaan 10 RTM pada tahun 1990-1991.
Lagu "Elegi Sepi" nyanyian Azharina berjaya menyekat lagu "Gemilang" daripada bergelar juara selama beberapa minggu, manakala "Aduh Saliha" telah menyekat dua buah lagu yang amat popular ketika itu iaitu "Kenapa" (Shazzy menampilkan Lah Ahmad) dan "Pudar" (Rossa).