Hanya dua orang khalifah yang diakui oleh kedua-dua pengikut Islam Sunni dan Syiah utama iaitu Ali ibn Abi Talib dan Hasan ibn Ali, dianggap sebagai khalifah ke-4 dan ke-5 atau dua yang pertama (oleh Syiah). Walau bagaimanapun, mazhab Syiah tertua iaitu mazhab Zaidiyyah mengakui kekhalifahan dua orang khalifah pertama iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar ibn al Khattab.
Hadis Dua Belas Pewaris menyatakan bahawa Nabi Muhammad bersabda hanya terdapat dua belas khalifah, kesemua mereka daripada bani Quraysh dan akan terdapat penyamar khalifah yang harus diperhati, dan setelah selepas khalifah yang ke-12, Bumi akan tenggelam.
Dalam Sunni Islam, terdapat khalifah "perpaduan" yang diakui seluruh dunia bermula pada kurun ke-7 sehingga kurun ke-13 penjarahan Mongol ke atas Baghdad, satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Emas Islam. Selepas kematian Al-Musta'sim, khalifah Abbasiyyah terakhir di Baghdad pada tahun 1258, tiada khalifah yang diakui dunia sehingga tahun 1517, apabila seorang sultan Uthmaniyah Selim I memujuk Al-Mutawakkil III untuk secara rasminya menyerahkan gelaran khalifah selepas Uthmaniyyah mengalahkanKesultanan Mamluk.
Selepas itu, para sultan Uthmaniyah juga membawa gelaran khalifah sehingga pengistiharan Abdülmecid II sebagai "khalifah pada adat-istiadat" (1922–1924).
Sejak tahun 1924, sekali lagi tiada khalifah yang diakui oleh penganut Sunni Islam.
Perlantikan Marwan mengubah jurai keturunan dinasti Umayyad daripada keturunan Abu Sufyan ("Sufyan") kepada Hakam ("Marwan"), kedua-dua mereka merupakan cucu kepada Umayya (yang nama dinasti Umayyad mendapat namanya)
Semasa akhir zaman pemerinatahn Abbasiyyah, pemerintah Muslim mula menggunakan gelaran lain seperti Sultan.
Khalifah di Kaherah (13 Jun 1261 – 22 Januari 1517)
Khilafah Abbasiyyah Kaherah hanya gelaran untuk upacara adat-istiadat semata-mata di bawah naungan Kesultanan Mamluk yang wujud selepas kejatuhan dinasti Ayyubiyyah.[3][4]
Asalnya, ketua dinasti Uthmaniyyah hanya memegang gelaran Sultan, tetapi kemudian mula mengumpul gelaran daripada rakyatnya.[5][6]Murad I (memerintah pada 1362–1389) adalah pemerintah Uthmaniyah pertama yang memegang gelaran Khalifah; menuntut gelaran selepas menawanEdirne.[7]
Berat hati untuk membenarkan Era Perlembagaan Pertama pada 23 November 1876 dan kemudian menangguhkannya sebelum mengembalikan pemerintahan mutlak pada 13 Februari 1878;
Pejabat Khalifah dipindahkan ke Perhimpunan Kebangsaan Besar Turki yang mana kemudian membubarkan sistem khilafah pada 3 Mac, 1924, bagi menjaga polisi-polisi sekularisme yang mana telah diterima pakai pada tahun-tahun awal Republik Turki oleh PresidenMustafa Kemal Atatürk. Penuntut terkini Kerabat Imperial Uthmaniyah adalah Bayezid Osman, sejak 23 September, 2009.
(Khilafah Fatimiyyah tergolong dalam cabang Isma'ili dari Syiah Islam dan oleh itu tidak diakui oleh majoriti Sunni Islam, sama ada penduduk dalam wilayah mereka atau negara-negara berjiran).[42][43]
Satu cubaan terakhir untuk memulihkan semula sistem khilafah yang diakui telah dilakukan oleh Hussein bin Ali, RajaHejaz dan Sharif Mekah, pada 11 Mac 1924 sehingga 3 Oktober 1924, apabila beliau melepaskan gelaran kepada anak lelaki beliau `Ali ibn al-Husayn al-Hashimi, yang mana tidak memakai sistem dan gaya khalifah.[46] Walau bagaimanapun, tuntutan Hussein akan gelaran khalifah tidak diterima, dan pada tahun 1925 beliau telah dihalau keluar daripada Hejaz oleh tentera Ibn Saud di sebabkan tidak menyokong Shari'ah. Beliau terus menggunakan gelaran khalifah semasa hayat beliau dalam buangan sehingga kematian beliau pada tahun 1931.
Khalīfatul Masīh (Arab: خليفة المسيحcode: ar is deprecated ; Urdu: خلیفہ المسیح; bahasa Inggeris: Successor of the Messiahcode: en is deprecated ) atau Khalifah Islam[47] kadang kala dirujuk sebagai Khalifah merupakan pemimpin pertubuhan dan agama yang dipilih dari Komuniti Muslim Ahmadiyya di seluruh dunia dan merupakan penganti kepada Mirza Ghulam Ahmad dari Qadian yang mendakwa adalah Imam Mahdi dan Messiah dalam Islam. Khalifah dipercayai merupakan pemimpin terpilih dan dirujuk oleh Komuniti Muslim Ahmadiyya sebagai Amir al-Mu'minin (Pemimpin Yang Benar). Khalifatul Masih ke-5 dan terkini adalah Mirza Masroor Ahmad.
Selepas kematian Ghulam Ahmad, penganti beliau memimpin Komuniti Ahmadiyya daripada Qadian yang kekal menjadi ibupejabat komuniti ini sehingga tahun 1947 apabila Pakistan ditubuhkan. Selepas ini, ibupejabat dipindahkan ke Rabwah, sebuah bandar yang dibina pada sebidang tanah yang dibeli di Pakistan oleh komuniti ini pada tahun 1948. Pada tahun 1984, Ordinans XX telah diistiharkan oleh kerajaan Pakistan yang mana mendakwa Khalifatul Masih tidak boleh melakukan tigas-tugas mereka dan ini meletakan institusi ini dalam bahaya. Di sebabkan keadaan ini, Khalifatul Masih Ke-4 meninggalkan Pakistan dan berpindah ke London, England, dan memindahkan ibupejabat ke Masjid Fazl.[48]