Senarai ini memberati zaman terkini disebabkan perkembangan dan penggunaan seismometer secara berleluasa. Lagipun, rekod-rekod yang cukup terperinci untuk membuat anggaran magnitud tidak digunakan secara meluas sebelum tahun 1900.[2]
Jumlah kematian 230,000 berasaskan gabungan dengan gempa bumi pada November 1137 di dataran Jazira dan gempa bumi besar 30 September 1139 di Ganja, Azerbaijan. Sebutan pertama jumlah kematian 230,000 orang adalah oleh Ibn Taghribirdi pada abad ke-15.[21]
Laporan mungkin berkenaan dengan gempa bumi Dvin 893, disebabkan salah baca nama Dvin dalam bahasa Arab, 'Dabil' sebagai 'Ardabil'.[22] Ini dianggap sebagai 'gempa palsu'.[23]
Sebuah gempa bumi yang melanda dataran Kantō di pulau besar Honshū pada jam 11:58 pagi 1 September 1923. Pusat gempa terletak di bawah sekali Pulau Izu Ōshima di Teluk Sagami. Ia membinasakan Tokyo, Yokohama, wilayah-wilayah Chiba, Kanagawa, dan Shizuoka, dan menyebabkan kemusnahan besar di seluruh rantau Kantō.[25] Kekuatan dan keamatan gempa bumi senang dianggar kurang, tetapi gempa 1923 ini mampu mengalihkan patung Buddha Besar seberat 93 tan di Kamakura. Patung itu tergelincir ke depan sebanyak hampir 2 kaki.[26] Dianggarkan seramai 100,000 hingga 142,800 orang maut.
Pada 28 Disember 1908, sekitar 5:20 hingga 5:21 am, sebuah gempa bumi bermagnitud momen 7.1 berlaku dari pusatnya di Messina, sebuah bandar di Sicily. Reggio Calabria di tanah besar Itali turut mengalami kerosakan besar. Bumi bergegar selama 30 hingga 40 saat, dan kemusnahan itu terasa dalam lingkungan 300 km. Seketika selepas gempa, sebuah ombak tsunami 40 kaki (12 m) melanda pantai-pantai berdekatan untuk memburukkan lagi kebinasaan. 93% binaan di Messina diranapkan dan 70,000 orang penduduk terkorban. Para penyelamat mencari dalam runtuhan selama berminggu-minggu, dan masih dapat menyelamatkan ramai keluarga selepas berhari-hari, tetapi ribuan lagi yang kekal tertimbun. Bangunan-bangunan di kawasan itu tidak dibina untuk ketahanan gempa kerana bumbung yang berat dan asas yang rentan.
Gempa bumi ini menggegarkan Edo dan membunuh sekitar 2,300 orang. Gempa ini disangka sebagai gempa antara plat yang kawasan fokusnya menjangkau dari Teluk Sagami ke hujung Semenanjung Bōsō dan juga kawasan di sekitar Jurang Sagami di laut di tenggara semenanjung Boso. Gempa ini juga menimbulkan tsunami yang melanda kawasan pantai Semenanjung Boso dan Teluk Sagami. Kolam Habu di Izu Ōshima runtuh lalu mengalir ke dalam laut. Tsunami ini dilaporkan tsunami menyebabkan lebih 100,000 kematian.
^Atwater, B.F. (2005). "The Orphan Tsunami of 1700"(PDF). Professional Paper 1707. USGS. m/s. 98. Dicapai pada 13 Mac 2011. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Utsu, T. "Search Page". Catalog of Damaging Earthquakes in the World (Through 2008). Dicapai pada 3 Jun 2010.
^Jika jumlah kematian di Myanmar adalah 400–600 seperti yang didakwa oleh puak penentang di situ, bukan sekadar 61 atau 90, maka jumlah mangsa tsunami ialah 230,000 orang.
^"Myanmar is withholding true casualties figures, says Thai priest". AsiaNews.it. 4 Julai 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Oktober 2006. Dicapai pada 12 Februari 2011. A missioner in Ranong, a town on the border between Thailand and Myanmar, says locals talk about 600 victims. Burmese political dissidents say the same.
^Hammer, Joshua. (2006). Yokohama Burning: the Deadly 1923 Earthquake and Fire that Helped Forge the Path to World War II, p. 278, citing Francis Hawks, (1856). Narrative of the Expedition of an American Squadron to the China Seas and Japan Performed in the Years 1852, 1853 and 1854 under the Command of Commodore M.C. Perry, United States Navy, Washington: A.O.P. Nicholson by order of Congress, 1856; originally published in Senate Executive Documents, No. 34 of 33rd Congress, 2nd Session.