Semenanjung Kola (Rusia: Ко́льский полуо́стров, rumi: Kolsky poluostrovcode: ru is deprecated ) terletak di hujung barat laut Rusia di mana bertemunya Laut Putih dan Laut Barents[1] di utara benua Eropah dirangkum dalam garisan Artik. Ia merupakan kawasan paling pesat industri di utara negara Rusia, kota Murmansk merupakan petempatan manusia terbesar diduduki seramai 300,000 orang penduduk.
Semenanjung ini terdiri daripada muka bumi taiga di selatan beralih kepada tundra semakin dekatnya menuju utara yang dipenuhi permafros yang membantutkan pertumbuhan pokok sehingga hanya rumput dan semak-samun sahaja dapat hidup di kawasan sekitar. Ia merupakan
Semenanjung ini amat kurang didiami manusia sebelum tahun 1800-an; sebanyak 5,200 orang penduduk sahaja yang dicatat mendiami kawasan ini tahun 1858. Suatu insentif dilaksanakan kerajaan Rusia untuk menempatkan petempatan baru di kawasan ini pada 1868 mendorong pertumbuhan bilangan penduduk, banci 1897 mencatatkan kependudukan menaik seramai 9,291 di uyezd Kola iaitu 63% orang Rusia, 19% orang Sámi, 11% orang Finland dan 3% orang Karelia.[3]
Kependudukan seluruh kawasan ini dikira sebanyak 795,000 orang terdiri daripada 89.0% orang Rusia, 4.8% orang Ukraine dan 1.7% orang Belarus setakat banci tahun 2010;[4] Etnik-etnik lain yang wujud termasuk orang Komi (~1,600 orang penduduk), orang Sámi (~1,600 orang), dan orang Karelia (~1,400 orang).[4]
^ ab"Всероссийская перепись населения 2010 года". Всероссийская перепись населения 2010 года (dalam bahasa Rusian). Perkhidmatan Statistik Negara Persekutuan Rusia.CS1 maint: unrecognized language (link)