Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar atau nama ringkasnya SMK Sungai Layar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Sungai Petani.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar memiliki 995 pelajar lelaki dan 985 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1980 orang. Ia mempunyai seramai 121 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Layar (SMKSL) memulakan pengajiannya pada 1
Disember 1994. Pada waktu itu SMKSL ditempatkan atau menumpang di Blok
F, Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. Pengajaran dan
pembelajaran hanya dijalankan pada sesi petang sahaja. Pada peringkat
awal penubuhannya, hanya terdapat enam kelas tingkatan 1 dengan jumlah
pelajar seramai 223 orang. Tenaga pengajar pula seramai 13 orang. Pengetua pertama ialah Puan Hajah Subidah binti Haji Abdul Rahman.
Tanggal
29 November 1995, semua pelajar dan guru yang menumpang di Sekolah
Menengah Ibrahim telah berpindah ke sekolah atau bangunan baru di Sungai
Layar Hujung. Pada
peringkat awal, hanya Blok A, B dan C sahaja yang boleh digunakan.
Pada waktu itu SMKSL hanya mempunyai lapan kelas Tingkatan 1 dan enam
kelas Tingkatan 2.
Pada
5 Januari 1996, pendaftaran pelajar tingkatan 4 bermula.
Pelajar-pelajar tersebut adalah merupakan sekumpulan pelajar Tawaran
Khas Jabatan Pendidikan Negeri dari beberapa buah sekolah dalam daerah
Kuala Muda Yan.
Mulai
tahun berikutnya, SMKSL telah mencipta nama dalam pelbagai bidang di
peringkat daerah dan juga negeri sama ada dalam bidang kurikulum mahupun
kokurikulum. SMKSL juga menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara baik
peringkat daerah mahupun peringkat kebangsaan.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar
- Sungai Petani
- 08000, Sungai Petani
- Kedah, Malaysia
- Telefon = 6044239581
- Fax = 6044233841
Pautan luar