Sekolah Kebangsaan Sri Permai (JHEOA) merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di RPS Pasik, 18300 Gua Musang, Kelantan.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Permai memiliki 135 orang pelajar lelaki dan 141 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 276 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009 Pada 2018, Sekolah Kebangsaan Sri Permai memiliki 80 pelajar lelaki dan 100 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 180 orang. Ia mempunyai seramai 21 orang guru.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Sri Permai (SKSP) ialah sebuah sekolah di kawasan pedalaman Orang Asli di Kelantan. Sebelum ini,[bila?] SKSP dikenali sebagai SK Pos Pasik. Ia kemudian telah ditukarkan kepada SK Sri Permai (SKSP) pada tahun 1998 kerana nama Pasik adalah tidak sesuai untuk sekolah yang gurunya seratus peratus orang Islam.[penjelasan lanjut diperlukan]
SKSP terletak di tepi Sungai Jenera, Ulu Kelantan berdekatan dengan sempadan Sungai Siput, Perak. Sekolah ini dibina pada tahun 1973 dan murid-muridnya adalah terdiri daripada kalangan anak-anak orang Asli suku kaum Temiar dari kampung-kampung berhampiran dengan sekolah seperti Kampung Bering, Kampung Pasik dan Pos Gob. Asalnya, SKSP ditadbir dan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Namun, pada 1 Januari 1996, SKSP telah diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepenuhnya.
SKSP terletak kira-kira 80 kilometer dari Bandar Gua Musang dan 214 kilometer dari ibu negeri Kelantan iaitu Bandar Kota Bharu. Perjalanan dari Gua Musang ke SKSP melalui jalan bertar sejauh 46 km manakala jalan tanah merah/jalan balak sejauh 34 km. Perjalanan masuk ke sekolah hanyalah dengan menggunakan kenderaan pacuan 4 roda atau motosikal sahaja yang memakan masa selama 2 hingga 4 jam bergantung kepada keadaan cuaca.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sri Permai (JHEOA) KOMPREHENSIF 9
- RPS PASIK,
- 18300 Gua Musang
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Faks = TIADA Email = sekolah-3121@moe-dl.edu.my
Pautan luar