Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi atau nama ringkasnya SK Balambangan Banggi atau SKBBK, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kudat.[2]
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi memiliki 61 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 117 orang. Ia mempunyai seramai 13 orang guru.2009
Sejarah
Pulau Balambangan yang terletak di utara negeri Sabah merupakan pulau yang agak besar juga selain Pulau Banggi. Walaupun besar tetapi bilangan penduduknya amatlah sedikit dengan lima buah kampung iaitu Kampung Selamat Darat, Kampung Selamat Laut, Kampung Kok Simpul, Kampung Tabunan dan Kampung Batu Sirih. Sekolah Kebangsaan Balambangan terletak di Kampung Selamat merupakan satu-satunya sekolah yang terdapat di pulau ini dengan 117 orang murid, 11 orang guru, 2 kerani, 2 pengawal keselamatan dan dua orang tukang masak RMTS (Rancangan Makanan Tambahan Sekolah).
Di sekolah ini suatu ketika dahulu, tiada kemudahan elektrik atau bekalan air yang bersih. Bagi guru-guru yang bertugas di situ, mereka hanya menggunakan genset sebagai bekalan elektrik dan air hujan sebagai bekalan air yang bersih untuk diminum. Jika bekalan minyak petrol habis, terpaksalah bergelap dengan bertemankan lampu lilin dan sekiranya kemarau, terpaksa minum air perigi yang tidak terjamin kebersihannya.
Seiring dengan kemodenan, solar hibrid iaitu penjana elektrik menggunakan tenaga matahari telah dipasang dan sebuah asrama harian telah dibina atas sumbangan daripada pihak Petronas dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Panglima Shafie Apdal dalam tahun 2019.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Balambangan Banggi
- Wdt 150
- 89058, Kudat
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA
Rujukan
Pautan luar