Sejarah Singapura

Singapura memainkan peranan yang kecil di dalam perkembangan sejarah Asia Tenggara sehinggalah Sir Stamford Raffles menubuhkan sebuah pelabuhan British di situ. Di bawah pemerintahan koloni British, Singapura telah menjadi pelabuhan yang amat strategik memandangkan ia terletak di tengah-tengah laluan perdagangan di antara India dan China yang akhirnya menjadi antara pelabuhan yang terpenting di dunia sehingga ke hari ini. Semasa Perang Dunia II, Singapura telah ditawan oleh tentera Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945. Diantara wira yang terkorban dalam mempertahankan Singapura dalam perperangan ini adalah leftenan Adnan bin Saidi.

Selepas tamat peperangan, penduduk tempatan dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Seterusnya pada tahun 1963 Singapura telah bergabung dengan Tanah Melayu bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia. Tetapi Singapura seterusnya telah keluar daripada Malaysia untuk menjadi sebuah republik pada 9 Ogos 1965.

Sejarah Silam

Rujukan awal untuk nama Temasek (atau Tumasik) terdapat dalam Nagarakretagama, sebuah manuskrip Jawa yang ditulis pada tahun 1365, dan sumber Vietnam dari periode waktu yang sama. Nama itu mungkin bermaksud "Bandar Laut", berasal dari bahasa Melayu tasek, yang bermaksud "laut" atau "tasik".[1]

Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di situ.

Selain daripada itu, Abdullah Abdul Kadir Munshi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapura itu menunjukkan Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke London tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan anggaran tarikh ia diukir melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis tulisan yang digunakan.

Penubuhan Singapura Moden (1819)

Antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur menjadi milik penjajah dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila orang Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509. Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli kesemua perdagangan rempah ratus yang pada ketika itu merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk British, cuma mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka. Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di utara Selat Melaka manakala Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana abang sulungnya, Tengku Hussain tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu, bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussain sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussain. Perjanjian ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

Perkembangan Awal (1819-1826)

Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjian dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru British ini dengan bantuan sepasukan askar British.

Di sebalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya sebagai sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India menjadikannya tempat persinggahan mereka.

Negeri-Negeri Selat (1826-1867)

Penubuhan Singapura oleh Raffles mendapat masalah apabila kerajaan Belanda menuduh British mencampuri kawasan naungan pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian mereka mengabaikannya demi kepentingan kemajuan di Singapura. Menjelang tahun 1822, sudah jelas niat British bahawa mereka tidak akan sesekali menyerahkan Singapura.

Status Singapura sebagai hak milik British diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbahagi kepada pengaruh dua kuasa. Kawasan disebelah kiri Selat Melaka (sekiranya datang dari sebelah barat) termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai kawasan pengaruh British manakala kawasan di sebelah kanan termasuklah Bangkahulu di bawah pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri Selat.

Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbor. Salah satu objektif Jepun adalah untuk menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentera Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu sebelum menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara kontinjen perang terbaiknya. Hal ini termasuklah penghantaran kapal-kapal perang HMS Prince of Wales dan HMS Repulse. Mereka juga menghantar beberapa kapal perang yang lain.

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar Jepun mendarat, kapal-kapal Prince of Wales dan Repulse tenggelam akibat serangan pesawat pengebom Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan bersiap sedia untuk menyerang Singapura.

Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu 15 Februari 1942. Lebih kurang 130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.

Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō, "Cahaya Selatan) dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

Pemerintahan Sendiri (1955-1963)

Pengerusi Parti Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Dia memerintah sebuah kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadinya peritiwa mogok besar-besaran. Pada bulan April 1956, dia ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan Singapura tetapi tidak berjaya kerana pengaruh komunis di Singapura. Marshall terus menekan British bahawa dia akan meletak jawatan sekirannya British tidak memberi kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi British langsung tidak menghiraukan ugutan Marshall dan akhirnya dia terpaksa melepaskan jawatannya. Ketua Menteri Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua-ketua kesatuan sekerja dan ahli-ahli pro-komunis.

Tindakan tegas Lim menyebabkan British bersetuju untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada Singapura.

Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)

Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura. Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk menjaga keamanan Singapura.[perlu rujukan]

Kemerdekaan Singapura

Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia berkurangan. Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 selepas referendum kebangsaannya.

Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British. Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama. Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.

Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh kemerdekaan.

Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambil alih sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan. Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan aktiviti komunis.

Republik Singapura (1965-sekarang)

Lihat juga

Pautan luar

  1. ^ Victor R Savage, Brenda Yeoh (15 June 2013). Singapore Street Names: A Study of Toponymics. Marshall Cavendish. m/s. 381. ISBN 9789814484749.CS1 maint: uses authors parameter (link)

Read other articles:

Armenian children's choir This article includes a list of general references, but it lacks sufficient corresponding inline citations. Please help to improve this article by introducing more precise citations. (February 2022) (Learn how and when to remove this template message) Little Singers of ArmeniaChoirLittle Singers of ArmeniaFounded1992FounderTigran HekekyanGenreVariedMembers40 girls aged 8–18Music directorTigran HekekyanWebsitewww.als.am/en Little Singers of Armenia (Armenian: Հայա

 

French politician Dominique RiquetMember of the European ParliamentIncumbentAssumed office 14 July 2009ConstituencyNorth-West FranceFranceMayor of ValenciennesIn office2002–2012Preceded byJean-Louis BorlooSucceeded byValérie Létard Personal detailsBorn (1946-09-18) 18 September 1946 (age 77)Valenciennes, FrancePolitical partyMRProfessionSurgeon Dominique Riquet (born 18 September 1946 in Valenciennes, Nord) is a French surgeon[1] and politician of the Radical Party who ha...

 

خليج صغيرمعلومات عامةصنف فرعي من shoreline indentation (en) مساحة ماء تصنيف للتصنيفات التي تحمل هذا الاسم Catégorie:Catégorie d'une baie (fr) تعديل - تعديل مصدري - تعديل ويكي بياناتخليج نيويورك العلوي و نهر هدسون في المقدمة؛ النهر الشرقي على اليسار، فوق المركز مباشرة. الخليج الصغير أو الجَون[1][...

Провінція Вальдивія ісп. Provincia de Valdivia Адм. центр Вальдивія Країна Чилі Провінція Лос-Ріос Межує з: сусідні адмінодиниці Каутин Huiliches Departmentd, Lácar Departmentd Ранко Підрозділи 8 комун Офіційна мова Іспанська Населення  - повне 290 868 чел. (2002) (17)  - густота 28,52 км² (24) Площа  -...

 

Gerbang 13SutradaraNanda J. UmbaraReka Wijaya (ko-sutradara)Produser Dasanto Ditulis oleh Nanda J. Umbara Khrisna Anggara SkenarioNanda J. UmbaraKhrisna AnggaraCeritaReka WijayaAnggy UmbaraNanda J. UmbaraBounty UmbaraFajar UmbaraDicky R. MalandChelvia CH MeizarPemeranNorman AkyuwenLia CandrasariFajar BadaruzamanRio MallandDonna AgnesiaMuhammad PanduDiaz TheoAndy /rifJikun /rifGito RolliesSinematograferDicky R. MalandPenyuntingKhrisna AnggaraPerusahaanproduksiRevol FilmDistributorRevol FilmTan...

 

English singer-songwriter (born 1958) For other uses, see Kate Bush (disambiguation). Kate BushCBEBush shown just before a performance at Comic Relief (1986)BornCatherine Bush (1958-07-30) 30 July 1958 (age 65)Bexleyheath, Kent, EnglandOccupationsSingersongwritermusiciandancerrecord producerYears active1975–presentSpouseDanny McIntoshChildren1AwardsFull listMusical careerGenresArt popart rockexperimental poppost-progressiveprogressive popInstrumentsVocalspianokeyboardsLabelsHarves...

Title in chess awarded by FIDE Grandmaster (GM) is a title awarded to chess players by the world chess organization FIDE. Apart from World Champion, Grandmaster is the highest title a chess player can attain. Once achieved, the title is held for life, though exceptionally the title can be revoked for cheating. The title of Grandmaster, along with the lesser FIDE titles of International Master (IM), FIDE Master (FM), and Candidate Master (CM), is open to all players regardless of gender. The g...

 

Edelweiss Reclame voor de Edelweiss 1928 Soort CIWL Pullman (1928–1939)/ Express (1945–1957)/ Trans Europ Express (TEE) (1957–1979)/ Express (1979–1999) Land(en)  Nederland /  België /  Luxemburg /  Frankrijk /  Zwitserland Opvolger EC Jean Monnet Treindienst Startpunt Amsterdam Eindpunt Zürich Technische gegevens Spoorwijdte 1435 mm Elektrificatie 1500 V = / 3000 V = / 15 kV 16 2/3 Hz / 25 kV 50 Hz Routekaart Route Edelweiss, 1928–1939 & 1957–1974 P...

 

Place in Upper Austria, AustriaTaufkirchen an der Pram Coat of armsTaufkirchen an der PramLocation within AustriaCoordinates: 48°25′00″N 13°32′00″E / 48.41667°N 13.53333°E / 48.41667; 13.53333CountryAustriaStateUpper AustriaDistrictSchärdingGovernment • MayorPaul Freund (ÖVP)Area[1] • Total29.17 km2 (11.26 sq mi)Elevation338 m (1,109 ft)Population (2018-01-01)[2] • Total2,92...

Korean-American rapper and entrepreneur Tiger JKTiger JK during an autograph event in Bundang, December 2018Background informationBirth nameSeo Jung-kwonAlso known asJK, Drunken Tiger, DTBorn (1974-07-29) July 29, 1974 (age 49)OriginSeoul, South KoreaGenresKorean hip hopOccupation(s)Rapperrecord producerentrepreneuractorInstrument(s)VocalsYears active1995–presentLabelsOasis RecordsFeel Ghood MusicSpouse Yoon Mi-rae ​(m. 2007)​Children1 Korean nameHangul타...

 

Protected natural area in Virginia, United States Mount Rogers ClusterMount Rogers High CountryLocation of Mount Rogers Cluster in VirginiaCoordinates36°39′36″N 81°32′40″W / 36.66000°N 81.54444°W / 36.66000; -81.54444 The Mount Rogers Cluster is a region recognized by The Wilderness Society for its unique high elevation mountains, vistas, trout streams and wildlife habitat. The heart of the region is Mount Rogers, the highest mountain in Virginia.[1]...

 

دونك غراي   معلومات شخصية الميلاد 17 يوليو 1906(1906-07-17)نيوساوث ويلز، أستراليا الوفاة 30 أغسطس 1996 (90 سنة)نيوساوث ويلز، أستراليا الجنسية  أستراليا الحياة العملية الدور دراج المهنة دراج  نوع السباق سباق الدراجات على المضمار نوع الدراج اختصاصي سرعة آخر تحديث 12 أبريل 2008 تعدي...

This article is about the Upazila. For the Union, see Ghatail Union. For the Town, see Ghatail. You can help expand this article with text translated from the corresponding article in Bangla. (December 2019) Click [show] for important translation instructions. View a machine-translated version of the Bangla article. Machine translation, like DeepL or Google Translate, is a useful starting point for translations, but translators must revise errors as necessary and confirm that the transla...

 

American politician (1909–1996)Winifred Claire StanleyMember of the U.S. House of Representativesfrom New York's at-large districtIn officeJanuary 3, 1943 – January 3, 1945Seat 2Preceded byCaroline O'DaySucceeded byDistrict redistricted Personal detailsBornWinifred Claire Stanley(1909-08-14)August 14, 1909Bronx, New YorkDiedFebruary 29, 1996(1996-02-29) (aged 86)Kenmore, New YorkResting placeMount Olivet Cemetery, Tonawanda, New YorkPolitical partyRepublican Wini...

 

Magnitude 8.8 earthquake in Chile on 27 February 2010 For the 2014 quake, see 2014 Iquique earthquake. For the 2015 quake, see 2015 Illapel earthquake. For the 2016 quake, see 2016 Chiloé earthquake. For other earthquakes in and about Chile during 2010, see List of earthquakes in Chile occurring in 2010. 2010 Chile earthquakeDamage sustained by a building in Concepción, located around 100 kilometres south of the epicenter.UTC time2010-02-27 06:34:23ISC event14340585USGS-ANSSComCat...

Poeta húngaro Sándor Petőfi, autor de la Nemzeti dal. Nemzeti dal (en húngaro: Tonada Nacional) es un verso patriótico húngaro escrito en 1848 por el poeta húngaro Sándor Petőfi fungiendo de detonante para la revolución húngara de 1848 contra el poder absoluto de los Habsburgo sobre Hungría. El poema fue recitado inicialmente en el café Pilvax en Pest el 15 de marzo de 1848, donde se reunía Sándor Petőfi y sus amigos intelectuales Mór Jókai, Pál Vasvári y Gyula Bulyovszky....

 

株式会社オハラOHARA INC. 種類 株式会社機関設計 監査役会設置会社[1]市場情報 東証スタンダード 52182005年12月21日上場 本社所在地 日本〒252-0205神奈川県相模原市中央区小山一丁目15番30号設立 1941年(昭和16年)11月1日(有限会社小原光学硝子製造所)業種 ガラス・土石製品法人番号 4021001011600事業内容 光及びエレクトロニクス事業機器向けガラス素材の製造・販売...

 

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (مارس 2020) فرقة المشاة 189 (فيرماخت) الإنشاء 26 سبتمبر 1942  الانحلال 8 مايو 1945  الاشتباكات الحرب العالمية الثانية عملية دراغون تعديل مصدري - تعديل   فرقة المشاة 189 فرقة...

Remotely-piloted Anti-Submarine Warfare helicopter This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Gyrodyne QH-50 DASH – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (April 2008) (Learn how and when to remove this message) QH-50 DASH A QH-50 conducts flight tests off the USS Nicholas Role ASW droneType of air...

 

沃本修道院沃本修道院西側概要類型英格蘭鄉村別墅所屬國家/地區英格蘭地點貝德福德郡沃本坐标51°58′59″N 0°35′48″W / 51.9831°N 0.5968°W / 51.9831; -0.5968邮政编码MK17 9WA所有者貝德福德公爵保护情况一級登錄建築[*]、Grade I listed park and garden[*] 登录建筑-I级评定时间1952年10月22日參考編碼1114006[1] 国家历史公园和花园名录(英语:Register of Historic Parks a...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!