Samuel Morse

Samuel F. B. Morse

Samuel Finley Breese Morse, ca. 1845
Lahir: (1791-04-27)27 April 1791
Charlestown, Massachusetts
Meninggal dunia:April 2, 1872(1872-04-02) (umur 80)
5 West 22nd Street, Bandar Raya New York, New York
Pekerjaan: Pelukis, Pencipta
Pasangan:Lucretia Pickering Walker dan Sarah Elizabeth Griswold

Samuel Finley Breese Morse ialah warga Amerika Syarikat yang terkenal kerana mencipta sistem telegraf berdawai tunggal dan kod Morse, serta juga melukis beberapa pemandangan bersejarah.

Kehidupan awal

Samuel F.B. Morse lahir pada 27 April 1791 di bandar Charlestown, Massachusetts, sebagai anak sulung kepada ahli geografi dan Paderi Jedidiah Morse (1761-1826) dan Elizabeth Ann Finley Breese (1766-1828).[1] Jedidiah merupakan seorang pendakwah mazhab Calvinisme dan penyokong Parti Federalis Amerika Syarikat, bukan sahaja untuk mengiktiraf perjuangan parti tersebut mempertahankan tradisi Puritan (mentaati adat hari Sabat), malah mempercayai perikatannya bersama Britain untuk membentuk kerajaan pusat yang teguh. Jedidiah amat mempercayai sistem pendidikan berlandaskan kerangka Federalis berdasarkan nilai-nilai, akhlak dan ibadah Calvinisme untuk anaknya. Selepas tamat belajar di Akademi Phillips di Andover, Massachusetts, Samuel Morse melanjutkan pelajaran ke Kolej Yale untuk menelaah pelajaran falsafah keagamaan, matematik dan sains kuda. Ketika menuntut di Yale, beliau menghadiri kulian elektrik yang diacarakan oleh Benjamin Silliman dan Jeremiah Day. Beliau juga menjual lukisan untuk mencari pendapatan. Pada tahun 1810, beliau menerima ijazah dari Yale dengan penghormatan Phi Beta Kappa.[2]

Seni lukis

The Chapel of the Virgin at Subiaco

Pegangan Morse terhadap kepercayaan Calvinisme terbukti dalam hasil seni lukisan beliau yang berjudul Landing of the Pilgrims, melalui gambaran pakaian serba ringkas di samping wajah muka yang the austere facial features. Luksian berkenaan memaparkan cara pemikiran pengikut parti Federalis; penganut Calvinisme dari England membawa idea-idea keagamaan dan kerajaan ke Amerika Syarikat, sekaligus menghubungkan kedua-dua negara buat selamanya. Lebih-lebih lagi, karya ini menarik perhatian pelukis terkenal Washington Allston. Allston mahu Morse menemaninya ke England untuk berjumpa dengan pelukis Benjamin West. Setelah memohon izin bapanya, Morse pun berlayar bersama Allston di kapal Lydia pada 15 Julai 1811 (1) dan menetap di sana selama tiga tahun.

Setibanya di England, Morse tekun memperhalusi teknik seni lukisnya di bawah bimbingan Allston. Pada akhir tahun 1811, beliau diterima masuk ke Royal Academy. Di situ, beliau meminati seni Neoklasik dari zaman Renaissance serta memberi perhatian khusus kepada hasil seni Michelangelo dan Raphael. Setelah memerhati dan melatih seni lukis kehidupan dan menyerap penekanannya terhadap anatomi, artis muda ini berjaya menghasilkan mahakarya bertajuk Dying Hercules.

Bagi sesetengah pihak, seni Dying Hercules kelihatan melambangkan kenyataan politik terhadap pihak British dan penyokong Federalis Amerika Syarikat. Otot-otot di dalam karya tersebut melambangkan kekuatan pemuda Amerika Syarikat berbanding rakyat Britain dan penyokong Britain-Amerika. Sepanjang masa Morse di Britain, rakyat Amerika dan Britain sedang bergelut dalam peperangan 1812 ini telah mewujudkan pecahan kaum di Amerika tentang kesetiaan. Anti-federal di Amerika menyokong Perancis, membenci Britain, dan percaya bahawa kerajaan pusat yang kuat akan mendatangkan kesan buruk kepada demokrasi. (3) Semakin lama perang, surat-surat beliau kepada ibu bapanya semakin menterjemahkan nada anti-Federal. Dalam satu suratnya, Morse menyatakan, "Saya menyatakan bahawa ahli Federal di bahagian utara Amerika telah mendatangkan banyak kesan buruk kepada negara akibat pembangkangan yang kejam berbanding sekutu Perancis. Prosiding mereka disalin ke artikel inggeris, dibaca di Parlime, dan diedarkan di seluruh negara, dan apa yang mereka katakan.. mereka menyelar mereka (ahli Federal) penakut, bermaksud, mereka adalah pengkhianat kepada negara dan sewajarnya degantung sebagai pengkhianat."

Morse sewaktu muda.

Walaupun pendirian politiknya tidak berubah, namun Jedidiah tetap mampu mempengaruhi anaknya dengan cara lain. Tidak boleh dinafikan bahawa pegangan Calvinisme Jedidiah mempengaruhi karya samuel yang seterusnya iaitu Judgment of Jupiter. Musytari di dalam awan, dan ditemani oleh helang, dengan kepaknya berada di atas parti, melambangkan kehakiman. "Marpessa" dengan air muka penuh curiga dan malu, meminta kemaafan, melontarkan dirinya ke pelukan suaminya. Idas yang menyayangi Marpessa sepenuh hati, segera menyambut beliau, sementara Apollo hanya memandang dengan agak terkejut... pada keputusan beliau yang tidak disangka-sangka (5). Kes ini boleh dilihat secara simbolik bahawa Musytari melampangkan kebesaran Tuhan yang sentiasa melihat setiap gerak geri makhluk. Seseorang mungkin merasakan potret ini sebagai ajaran Morse tentang kecurangan. Walaupun Marpessa terjerumus, beliau sedar bahawa penyucian yang abadi sangat penting, dan dapat menghindarkan beliau daripada jalan hidup yang buruk sebelum ini. Apollo pula tidak menunjukkan sebarang kekesalan atas kesalahannya, tetapi hanya berdiri dengan pandangan berkecamuk. Kebanyakkan lukisan Amerika sekitar awal kurun ke sembilan belas bertemakan keagamaan dan Morse merupakan bapa kepada situasi ini. "Judgement of Jupiter" memberikan ruang kepada Morse untuk melahirkan sokongan beliau terhadap Anti Federalisma sambil tetap mempertahankan kekuatan kerohanian beliau. Kerja beliau melambangkan kenegaraan Amerika melalui Calvinisma kerana individu-individu ini dibuang dari Englang, menyumbang kepada pembuangan Inggeris (1776 dan sekarang pada 1812) dan menubuhkan pertubuhan demokratik bebas. Barat cuba untuk mengenengahkan imej ini pada pameran "Royal Academy"; malangnya beliau kesuntukan masa untuk melaksanakannya. Beliau meninggalkan England pada 21 Ogos 1815 dan memulakan kerjaya sebagai pelukis di Amerika sepenuh masa (6).

Sekitar tahun 1815-1825 memaparkan perkembangan yang bererti dalam hasil-hasil lukisan Morse. Beliau mula cuba merakam intipati budaya dan kehidupan Amerika. Beliau diberi penghormatan untuk melukis bekas presiden Federal John Adams (1816). Beliau berharap untuk melibatkan diri dalam projek-projek yang lebih besar dan melihat peluang terbuka dengan wujudnya perselisihan antara ahli fedral dan anti federal berkenaan Kolej Dartmouth. Morse berjaya melukis Hakim Woodward (1817) yang terlibat dalam membawa kes Dartmouth ke Mahkamah Agung, dan juha presiden kolej, Francis Brown. Beliau kemudiannya berjaya mendapatkan kerja di Charleston, South Carolina (1818). Hasil lukisan Morse iaitu Puan Emma Quash melambangkan kebesaran Charleston. Dapat dilihat, pada masa ini, artis muda ini berada di tahap yang amat baik dalam kerjayanya (7).

Sekitar 1819 hingga 1821, Morse melalui perubahan besar dalam hidupnya. Kerjayanya di Charleston tamat apabila bandar ini dilanda kemelesetan ekonomi. Jedidiah dipaksa meletak jawatan daripada kedudukan di kementerian apabila beliau gagal menyekat jurang di kalangan Calvinism. Cabang baru terbentuk dikenali sebagai "Congregational Unitarian" yang dianggap mengeji anti federalis kerana ahli-ahlinya melihat konsep 'salvation' dari pandangan berbeza. Walaupun beliau menghormati pandangan keagamaan ayahnya, beliau bersimpati dengan ahli 'Unitarian'. Antara keluarga terkenal yang menyertai kepercayaan baru Calvinis ini adalah Pickerings dari Portsmouth, yang juga pernah dilukis oleh Morse. Potret ini boleh dilihat sebagai perubahan yang lebih jelas kepada anti Federalisma. Terdapat juga perbalahan tentang masa sebenar beliau menjadi anti Federalisma sepenuhnya, ialah pada masa beliau bekerja melukis Presiden James Monroe (1820). Monroe menekankan Demokrasi Jeffersonian dengan lebih memilih manusia biasa berbanding para bangsawan; yang kemudiannya diperkuatkan apabila Andrew Jackson menggantikan Monroe (8).

Puan Daniel de Saussure Bacot, contoh seni potret Morse.

Terdapat dua kerja yang membentuk kerjaya seni Morse sekembalinya beliau dari New Haven sehinggalah tertubuhnya Akademi Rekabentuk Kebangsaan. Dua hasil ini ialah 'The Hall of Congress (1821)' dan 'Marquis de Lafayette (1825)' yang mana mencampurkan semangat nasionalisma demokrasi Morse.

Pelukis ini hendak melukis Dewan Perwakilan untuk memaparkan proses demokrasi di Amerika Syarikat. Beliau ke Washington D.C. untuk melukis seni bina dewan-dewan barunya. Dengan telitinya beliau melukis 80 orang berlatarkan waktu malam yang dirasakan sesuai dalam lukisannya. Beliau berjaya mengimbangi seni bina Rotunda dengan watak-watak dan sinar lampu yang menjadi titik tumpuan karya ini. Morse memilih waktu malam untuk menyampaikan dedikasi Kongres terhadap prinsip demokrasi tidak kenal siang malam. Bagaimanapun, lukisan the Hall of Congress ini gagal menarik perhatian ramai di Bandar Raya New York, gara-gara dibayangi karya Declaration of Independence oleh John Trumbull yang disambut hangat pada tahun 1820 (9).

Morse merasa bangga sekali kerana melukis Marquis de Lafayette, penyokong utama Revolusi Amerika. Beliau terasa tertarik untuk melukis potret agung tokoh yang membantu penubuhan negara Amerika yang bebas dan merdeka. Dalam lukisan ini, Lafayette diselubungi matahari terbenam yang indah sambil berdiri di kanan tiga buah kekaki, dua buah menempatkan Benjamin Franklin dan George Washington sementara yang satu lagi ditempah untuk Lafayette. Seni lanskap kayu yang tenang di bawahnya melambangkan keamanan dan kemakmuran negara Amerika Syarikat yang mencapai usia 50 tahun. Jalinan persahabatan antara Morse dan Lafayette serta perbincangan Perang Revolusi meninggalkan kesan pada seniman ini sekembalinya di Bandar Raya New York (10).

Morse berada di Eropah selama tiga tahun (1830-1832) untuk memperhalusi kemahiran seni lukisnya, di Itali, Switzerland dan Perancis. Projek yang dipilihnya adalah menghasilkan salinan kecil bagi 38 buah karya lukisan terkenal di Louvre pada sehelai kanvas tunggal (6 kaki x 9 kaki) yang berjudul The Gallery of the Louvre, untuk disiapkan sekembalinya di Amerika Syarikat. Ketika melawat Paris lagi pada tahun 1839, Morse bertemu dengan Louis Daguerre dan menunjukkan minat terhadap ciptaan daguerreotype, iaitu kaedah fotografi praktikal yang terawal. Morse menulis sepucuk surat mengenai ciptaan tersebut kepada akhbar New-York Observer, yang kemudiannya dihebohkan oleh seluruh akhbar Amerika Syarikat.[3]

Telegraf

Telegraf asal ciptaan Samuel Morse.

Setelah kembali pada tahun 1832, Morse bertemu dengan Charles Thomas Jackson dari Boston yang pandai dalam bidang elektromagnet. Setelah memerhati berbagai-bagai eksperimen elektromagnet yang dilakukan oleh Jackson, Morse mengembangkan konsep telegraf berdawai tunggal, dan lukisan The Gallery of the Louvre pula diketepikan. Telegraf asal ciptaan Morse yang dipohonkan patennya, menjadi sebahagian koleksi Muzium Kebangsaan Sejarah Amerika di Institusi Smithsonian.[4] Lama-kelamaan kod Morse menjadi bahasa utama telgrafi sedunia, dan kini masih merupakan piawaian pemancaran data secara berirama.

William Fothergill Cooke dan Profesor Charles Wheatstone mencapai peringkat pelancaran telegraf komersil sebelum ciptaan Morse, walaupun lewat lagi baru memulakannya. Di England, Cooke tertarik oleh ciptaan elektrik pada 1836, empat tahun selepas Morse, berbekalkan sumber kewangan yang lebih mencukupi. Cooke mengetepikan bidang anatomi untuk mengusahakan telegraf elektrik kecil dalam masa tiga minggu. Wheatstone juga menguji kaji telegrafi dan mendapati bahawa sebuah bateri besar tunggal tidak mampu membawa isyarat telegraf melalui jarak jauh, manakala sebilangan besar bateri kecil pula jauh lebih berkesan dan cekap melakukan penyampaian isyarat tersebut (Wheatstone meneraskan usahanya pada kajian asal Joseph Henry, seorang ahli fizik Amerika). Cooke and Wheatstone formed a partnership and patented the electrical telegraph in May 1837, and within a short time had provided the Great Western Railway with a 13-batu (21 km) stretch of telegraph. However, Cooke and Wheatstone's multiple wire signaling method would be overtaken by Morse's superior method within a few years.

Morse menghadapi masalah ketika cuba membawa isyarat telegraf melalui dawai yang beratus-ratus ela jaraknya. Kejayaannya datang dari wawasan Profesor Leonard Gale yang mengajar kimia di Universiti New York (seorang sahabat Joseph Henry). Dengan bantuan Gale, Morse akhirnya dapat menghantar pesanan melalui dawai sepanjang 10 batu (16 km). Inilah kejayaan paling cemerlang yang dicari-cari oleh Morse. Morse dan Gale kemudiannya disertai seorang pemuda bersemangat yang bernama Alfred Vail yang berkemahiran dan berwawasan tinggi, tambahan pula amat berada. Sejak itulah, telegraf ciptaan Morse mula dibangunkan dengan pesat sekali.

Pada tahun 1838, Morse melawat Washington, D.C. untuk cuba mendapatkan tajaan persekutuan untuk memasang talian telegraf tetapi gagal. Kemudian, Morse pergi ke Eropah untuk mencari penaja dan paten. Di London, beliau menyedari Cooke dan Wheatstone sudah mendahuluinya dengan ciptaan mereka yang serupa. Morse memerlukan sokongan kewangan dari ahli kongres negeri Maine bernama Francis Ornand Jonathan Smith.

Morse ke Washington, D.C. buat kali terakhir pada Disember 1842, untuk memasang "dawai antara dua bilik jawatankuasa di Capitol, kemudian menghantar pesanan berulang alik" untuk mendemonstrasi sistem telegrafnya. Kongres memperuntukkan $30,000 pada 1843 untuk pembinaan talian telegraf ujian sepanjang 38-batu (61 km) antara Washington, D.C., dan Baltimore, Maryland, sepanjang landasan kereta api Baltimore and Ohio Railroad.[5] Pada 1 Mei 1844, percubaan ini akhirnya mencapai hasil memberangsangkan apabila berita pencalonan Henry Clay oleh Parti Whig ditelegraf dari konvensyen parti di Baltimore ke bangunan Capitol di Washington.[5]. Pada 24 Mei 1844, talian telgraf dibuka secara rasmi apabila Morse mengutuskan kata-kata hikmatnya "What hath God wrought" dari stesen B&O di Baltimore ke bangunan Capitol Building melalui talian.[5]

Pejabat telegraf pertama.

Pada tahun 1845, syarikat Magnetic Telegraph Company ditubuhkan untuk meluaskan liputan talian telegraf dari Bandar Raya New York ke Philadelphia, Boston, Buffalo, New York dan kawasan sungai Mississippi.4

Pada satu ketika, Morse turut menerima idea Wheatstone dan Carl August von Steinheil iaitu menyiarkan isyarat telegraf elektrik melalui takungan air atau landasan kereta api kelulu atau mana-mana bahan yang beraliran. Beliau pergi sejauh memenangi tuntutan makhamah yang merebut hak bergelar "pencipta telegraf", serta mempromosikan diri sebagai pencipta, namun Alfred Vail memainkan peranan penting dalam penciptaan Kod Morse yang berasaskan kod-kod telegraf elektromagnetik terdahulunya.

Perkahwinan

Morse mengahwini Lucretia Pickering Walker pada 29 September 1819, di Concord, New Hampshire. Walter meninggal dunia pada 7 Februari 1825, selepas melahirkan anak keempat mereka bersama (Susan b. 1819, Elizabeth b. 1821, Charles b. 1823, James b. 1825). Isteri keduanya ialah Sarah Elizabeth Griswold yang dikahwini pada 10 Ogos 1848 di Utica, New York dan empat lagi anak dilahirkan (Samuel b. 1849, Cornelia b. 1851, William b. 1853, Edward b. 1857).

Paten

Lihat juga

Rujukan dan catatan

  1. ^ "Samuel F. B. Morse". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-12. Dicapai pada 2007-02-14.
  2. ^ Salah sebuah bangunan asmara di Yale, iaitu Kolej Morse, diberi namanya sempena Morse pada tahun 1961.
  3. ^ "The Daguerrotipe". The Daguerreian Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-15. Dicapai pada 2008-09-25.
  4. ^ "Morse's Original Telegraph". National Museum of American History, Smithsonian Institution. Dicapai pada 2008-06-04.
  5. ^ a b c John F. Stover, History of the Baltimore and Ohio Railroad. West Lafayette, Ind.: Purdue University Press, 1987 (ISBN 0-911198-81-4), pp. 59–60.


Bacaan selanjutnya

Pautan luar

Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!