Sāmarrā (Arab: سامَرّاءcode: ar is deprecated ) ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah timur Sungai Tigris di Wilayah Salah ad Din, Iraq. Terletak pada koordinat 34°11′N, 43°52′E, kota ini terletak kira-kira 125 km di sebelah utara Baghdad. Penduduknya berjumlah kira-kira 348,700 orang pada tahun 2003.[1]
Pada masa lalu, Samarra merupakan salah satu bandar terbesar pada zaman ketamadunan Mesopotamia.
Meskipun bandar ini termasuk tempat suci bagi kaum Syiah, namun jumlah penduduk kaum Sunni lebih banyak. Hal ini telah mencetuskan ketegangan antara mazhab, terutama sejak jatuhnya pemerintahan Saddam Hussein.