Sains tanah

Hakisan tanah

Sains tanah ialah kajian terhadap tanah sebagai sumber semula jadi. Dalam sains ini dipelajari pelbagai aspek mengenai tanah, seperti pembentukan, klasifikasi, pemetaan, pelbagai ciri-ciri fizikal, kimia, biologi, kesuburannya, sekaligus mengenai pemanfaatan dan pengelolaannya.[1] Tanah ialah lapisan yang menyeliputi bumi antara litosfera (batuan yang membentuk kerak bumi) dan atmosfera. Tanah menjadi tempat tumbuh tumbuhan dan menyokong kehidupan haiwan dan manusia.

Sains tanah dipelajari oleh pelbagai bidang ilmu pengetahuan, seperti sains kejuruteraan, agronomi/pertanian, kimia, geologi, geografi, ekologi, biologi (termasuk cabang-cabangnya), ilmu sanitasi, arkeologi, dan perancangan wilayah. Akibat banyaknya pendekatan untuk mengkaji tanah, sains tanah bersifat multidisiplin dan memiliki sisi sains tulen mahupun sains gunaan.

Sains tanah dibahagi menjadi dua cabang utama: pedologi dan edafologi. Pedologi mempelajari tanah sebagai objek geologi. Edafologi, atau ilmu kesuburan tanah, mempelajari tanah sebagai benda penyokong kehidupan.[2] Keduanya menggunakan alat-alat dan sering kali juga metodologi yang sama dalam mempelajari tanah, sehingga muncul pula disiplin ilmu seperti fizik tanah, kimia tanah, biologi tanah (atau ekologi tanah), serta ilmu pemeliharaan tanah. Kerana tanah juga memiliki aspek ketataruangan dan sivil, berkembang pula disiplin seperti mekanik tanah, pemetaan (kartografi), geodesi dan pengukuran tanah, serta pedometrik atau pedostatistik. Penggunaan informatik juga melahirkan beberapa ilmu campuran seperti geomatik.studi tentang biodata (organisme) yang hidup dan beraktivitas di dalam tanah, yang melalui aktivitas metaboliknya ialah biologi tanah.[3]

Rujukan

  1. ^ "Soil science". ScienceDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-31.
  2. ^ Rayes, Mochtar Lutfi (2017). Morfologi dan Klasifikasi Tanah. Malang: Universitas Brawijaya Press. m/s. 19. ISBN 9786024322830.
  3. ^ Hanafiah, Dr. Ir. Kemas Ali (2010). Biologi Tanah Ekologi & Makrobiologi Tanah. JL. Pelepah Hijau IV TN.I. No. 14-15, Kelapa Gading Permai, Jakarta14240: PT RajaGrafindo Persada, Jakarta. m/s. bab 1 page 3. ISBN 979-3654-40-6.CS1 maint: location (link)

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!